Pages

Kembara Fantastik ke Amerika Selatan (Bahagian 3)

Nota: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan.



PERU

Peru sangat kaya dengan keunikan tradisi, sejarah, tamadun, penderitaan dan keajaiban. Juga destinasi shopping! Destinasi wajib ialah Machu Picchu! Rugi kalau anda tidak lawati.

Dari Buenos Aires, kami terbang ke Lima, kemudian ke Cusco. Ini satu pengalaman yang sangat unik. Boleh dikatakan sesiapa yang baru sampai di Cusco tiba-tiba saja akan rasa macam nak demam. Kepala sakit dan badan letih. Mengapa? Nanti kami beritahu puncanya.

Tempat yang menarik ialah Dataran Pahlawan (Plaza de Armas), Cusco: Mula-mula ke Gereja Kemenangan, yang dibina oleh Sepanyol di atas tapak istana raja Inka, Huayna Qapac. Kemudian ke Quricancha, Kuil Matahari yang dahulu dindingnya disaluti dengan emas. Bagaimanapun, emas itu telah diambil oleh penjajah Sepanyol dan difaraidkan sesama mereka.



Dataran yang cantik ini menyimpan pelbagai kisah duka. Di sinilah dahulu tempat pahlawan-pahlawan Inca serta pejuang-pejuang kemerdekaannya dibunuh oleh penjajah Sepanyol. Antaranya ialah Tupac Amaru. Mereka bukan setakat dibunuh, malah dikeji, diseksa, mayat dipotong-potong dan dikelar-kelar di hadapan ahli keluarga. Hiruplah udara di sini dan cuba rasai kisah duka mereka.



Kemudian lupakan sekejap kisah sedih itu, beranda berwarna warni di sekeliling dataran itu amat unik. Begitu juga dengan bunga-bungaan yang menghiasinya, masyarakat asal Peru yang berpakaian tradisional, anak-anak muda berdagang lukisan  serta kedai-kedai menjual pelbagai souvenir.



Sacsayhauman terletak di puncak bukit setinggi 3,700 meter dari aras laut, dibina sekitar tahun 900-1200 Masihi. Ia merupakan kubu pertahanan Inka yang dibuat daripada bongkah-bongkah batu dalam kawasan seluas 3,100 hektar. Anda pasti terkejut melihat kehebatan arkitektur kaum Inka. Bayangkan, bongkah-bongkah batu itu ada di antaranya seberat 200 tan.

Apabila Sepanyol sampai, mereka terkejut. Tetapi disebabkan jahat dan sengalnya orang Sepanyol ini, mereka runtuhkan binaan yang ada, kemudian ambil batu-batu besar tadi dan digunakan untuk membuat bangunan-bangunan kerajaan serta rumah mereka.



Tidak jauh dari Sacsayhuaman, terdapat sebuah lagi kubu, Pukara Pukara. Juga dibina menggunakan bongkah-bongkah batu.

Korikancha (Kuil Emas) dibina oleh orang Inka menggunakan arkitektur yang sangat hebat. Dindingnya dahulu disalut dengan emas.


Tetapi emas itu telah diumpil untuk menebus nyawa raja terakhir mereka, Atahualpa yang ditangkap Sepanyol. Malangnya, selepas Sepanyol mendapat emas yang dianggarkan berpuluh-puluh tan beratnya, mereka paksa Atahualpa memeluk Kristian dan kemudian menggantungnya sampai mati!

Oh ya, kenapa kepala kami pening dan rasa nak demam sebaik menjejakkan kaki di Cusco? Itulah kesan sampingan apabila berada di altitud tinggi seperti Cusco (3,400 meter di atas paras laut). Hampir setiap orang akan merasainya pada hari pertama sampai di Cusco.

Untuk itu, dinasihatkan supaya berehat dulu, banyakkan minum air dan bernafas dalam-dalam. Jangan tergesa-gesa sebab kawasan altitud tinggi kurang oksigen. Semua akan jadi normal semula pada hari kedua.

Machu Pichu ialah binaan ajaib dan menakjubkan! Tidak ada ertinya melancong ke Peru kalau tidak menjejakkan kaki ke Machu Picchu. Untuk ke sana, kita perlu keluar dari hotel sekitar pukul 7.30 pagi. Dari situ kita akan ke Sacred Valley, seterusnya menaiki kereta api dari Ollantaytambo menuju ke kaki gunung Machu Picchu.





Perjalanan memakan masa 1 jam setengah. Tapi pemandangannya memang thumbs up! Bukit-bukau, gunung-ganang, glasier dan sungai yang indah menemani sepanjang perjalanan.

Dari situ, kita akan menaiki bas pula mendaki gunung Machu Picchu. Di kiri dan kanan adalah hutan menghijau serta tebing yang curam. Nun di bawah, sungai melingkar-lingkar seperti ular. Di keliling kelihatan puncak gunung bertanjak-tanjak. Di atas, hamparan awan berarak menghiasi langit yang membiru. Indahnya bumi ciptaan Ilahi!

Keajaiban Machu Picchu  sama seperti Piramid. Bayangkan, kompleks kediaman kaum Inka ini dibina pada kurun ke 15, di puncak setinggi 2,430 meter dari aras laut dan seluas 32,500 hektar.

Bagaimana mereka membuatnya? Apa teknologi yag digunakan? Semuanya masih misteri, membuatkan ia diiktiraf sebagai salah satu binaan paling ajaib di dunia. Ingat, hanya orang yang istimewa saja dapat berada di Machu Picchu. Anda perlu menjadi orang yang istimewa itu.

Kalau hendak shopping, di sinilah tempatnya. Di sekitar setesen kereta api ini terdapat banyak kedai yang menjual cenderamata seperti T-shirt, fridge magnet, baju sejuk dan beg. Barangan di sini lebih banyak pilihan dan lebih murah berbanding di tempat-tempat lain.

Kadar tukaran wang adalah sekitar 5.5 peso : ASD1. Sehelai T-shirt biasanya berharga 20 peso saja, atau lebih kurang RM12. Murah, kan? Harga itu takkan anda dapat di Cusco.

Ollantaytambo adalah sebuah lagi kompleks batu binaan kaum Inka yang membuatkan mulut kita terlopong.




Shopping time di Pasar Pisaq! Macam-macam ada, berwarna-warni dan murah.

Sedikit lagi fakta, bahasa utama di Peru ialah Spanish. Tapi jangan risau,  ramai juga yang boleh bercakap Inggeris, walaupun tidak lancar.

Biarpun Peru nampak macam tidak glamor, tetapi apabila sampai di sana, anda akan terkejut. Peru rupa-rupanya negara yang sangat cantik, unik dan eksotik. Cuma kita saja yang tidak tahu. Anda akan terpegun melihat keindahan taman-taman bunga  di sekitar rumah serta hotel. Gunung-ganang yang berglasier di puncaknya menambahkan lagi kecantikan Peru.

Kotaraya Lima yang terletak di tepi pantai Lautan Pasifik pula menyajikan pemandangan laut yang indah. Jangan terkejut, Lima adalah sebuah padang pasir yang hampir tidak dituruni hujan sepanjang tahun. Tapi uniknya, ia mempunyai sistem pengairan yang sangat hebat hingga pokok-pokok boleh hidup subur dan berjuta-juta penduduknya tidak menghadapi masalah air.




[Bersambung]

29 July 2013

Kembara Fantastik ke Amerika Selatan (Bahagian 2)

Nota: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan.



Uruguay

Yes! Montevideo! Bola! Luis Suarez! Mujica! Shopping lagi!

Ini satu lagi pengalaman yang sangat berbeza. Motevideo sebuah bandar yang sangat cool, hijau, tersusun dan unik.



Perjalanan ke Uruguay dari hotel penginapan bermula pada pukul 7.30 pagi, kemudian naik feri di Buenos Aires  pukul 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam merentasi muara Sungai La Plata selebar 60 kilometer. Turun di Colonia del Sacramento, kemudian melawat tinggalan kapal Graf Spee (kapal perang Jerman yang pernah berlabuh di situ semasa perang Dunia Kedua). Di situ kita boleh lihat sauh dan meriam tentera Nazi, serta barang-barang lain.


Banyak tempat yang cantik di Motivedeo, terutama di bandar lamanya. Antaranya ialah taman Plaza Perlembagaan yang dikelilingi pokok-pokok. Tidak jauh dari situ pula kita boleh bersantai-santai di Dataran Kemerdekaan yang terdapat monument negawaran mereka, Jose Gervasio Artigas.


Di situlah letaknya bangunan Presiden, tempat Presidennya, Jose Mujica sedang bekerja. Siapa Mujica? Beliau digelar Presiden paling  miskin di dunia, kerana menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat miskin.


Mujica tinggal di rumah lamanya di sebuah kawasan ladang, menggunakan kereta Volkswagen Beetle buruk dan berpakaian seperti petani. Pada zaman mudanya, Mujica adalah pemimpin gerila, enam kali ditembak polis dan dipenjara selama 14 tahun. Pada Mac 2010, beliau menjadi Presiden.

Oh ya, jangan lupa melawat tinggalan pintu gerbang Citadel. Ia merupakan tinggalan asal yang dibina pada kurun ke-18. Bangunan-bangunan asal semuanya sudah runtuh ekoran pertempuran rakyat Uruguay dengan penjajah Sepanyol, British dan Portugis.


Tempat lain yang menarik ialah Dewan Bandar Lama Motevideo, Solis Theatre, Barrio del Prado dan banyak lagi. 


Shopping? Apa lagi kalau bukan  barangan kulit, terutamanya beg tangan dan jersi bolasepak. Jangan lupa, Uruguay adalah negara pertama menjadi juara Piala Dunia FIFA pada 1950 menewaskan Brazil, 2-1.  Wajib beli jersi bola Suarez dan Forlan.







[Bersambung]

28 July 2013

Kembara Fantastik ke Amerika Selatan (Bahagian 1)

Nota: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan.


Mari kita melancong ke Amerika Selatan! Memang terbaik! Saya telah menikmati sendiri keseronokannya ketika membuat recce trip ke sana baru-baru ini. Kumpulan recce trip ini diketuai oleh CEO, Hj. Ab. Rahman Mohd. Ali, ke empat buah negara iaitu Argentina, Peru, Uruguay dan Brazil. 

Tujuannya ialah untuk melihat sendiri tempat-tempat menarik di negara berkenaan, juga kemudahan hotel, makan minum, pengangkutan dsb supaya apabila POTO menjalankan pakejnya, semuanya berkualiti.

Kenapa? Sebab - anda pun tau, kan - POTO sentiasa utamakan kepuasan para pelanggannya.  

Okey... macam mana dengan kembara itu? WOW! fantastik! Sekarang, mari kami ceritakan perjalanan kembara kami dan kenapa anda mesti melancong bersama POTO ke negara-negara ini.

ARGENTINA 

Buenos Aires:


Kota yang indah dengan dihiasi pokok-pokok berbunga ungu dan merah jambu. Antara tempat menarik ialah Casa Rosada, iaitu pejabat kerajaan yang dibina pada 1713, kemudian dijadikan pejabat Presiden.


Untuk pengetahuan anda, di sinilah letaknya balkoni kedua paling terkenal di dunia selepas balkoni tempat Juliet bertemu Romeo di Verona, Itali.  Di situlah dulu ikon terkenal Argentina, Evita (Eva) Peron (isteri Presiden Juan Peron, 1946-1955 ) berdiri dan melambai ke arah ratusan ribu rakyatnya yang hidup melarat, sambil memberikan kata-kata semangat.

Cuba tonton filem Evita, lakonan Madonna. Memang touching, terutama di saat-saat kematian Eva akibat kanser, kemudian dimainkan lagu Don’t Cry For Me Argentina.


Di hadapan Casa Rosada ialah Plaza de Mayo. Ia merupakan pusat yang merakamkan sejarah Argentina, penjajahan Sepanyol dan kebangkitan rakyatnya. Di situlah dahulu tempat rakyat miskin Argentina berhimpun menanti Eva muncul memberikan harapan.


Kini di dataran itu rakyat Argentina melakukan tunjuk perasaan. Yang paling menarik adalah protes oleh veteran Perang Falkland (1982).  Selain itu, pada 1976-78, kerajaan militari Argentina telah melaksanakan `pembersihan’ ke atas rakyatnya yang menentang kerajaan. Dalam tempoh itu lebih 30,000 orang dibunuh.

Kini pada setiap pukul 3.00 petang hari Khamis, ibu-ibu yang kehilangan anak – yang diseksa, dibunuh dan hilang begitu saja – akan berhimpun di Plaza de Mayo dengan memakai skaf putih bertekatkan nama anak masing-masing. Anda perlu datang ke sini dan saksikan perhimpunan tersebut.

Caminito di La Boca

Tempat yang sangat ceria. Bangunannya dicat berwarna-warni. Kalau hendak tengok tarian tango, di sinilah tempatnya. Nak shopping pun di sini sebab barangannya murah-murah.





Delta dan El Tigre

Cantik dan romantis. Perjalanan ke sini bermula dengan menaiki feri selama sejam dari pelabuhan BA. Delta adalah nama bandar petempatan air yang terdiri daripada beratus-ratus pulau. Rumah-rumah di situ sangat menarik,  dikelilingi pokok-pokok menghijau dan bunga-bungaan pelbagai jenis. Pengangkutan di situ semuanya menggunakan air, malah ambulan pun guna bot.

Setelah melihat pemandangan indah di Delta, apa lagi, shoppinglah! Tempatnya di bandar El Tigre.



Florida Street:

Tempat membeli-belah yang terbaik! Cenderahati wajib ialah jersi bolasepak. Anda mahu jersi Argentina (home dan away, lama dan baru) atau jersi kelab, pilih saja. Nak nama Messi, Hugiaun, Angel de Maria atau Mardona, pun pilih saja. Nak yang original atau copy, pun boleh. Heaven on Earth! Apa ertinya kalau ke Argentina tapi tak beli jersi bola, kan?

Kepada wanita, Argentina juga syurga untuk membeli beg tangan. Jangan terkejut, terdapat banyak jenama terkenal buatan Argentina, antaranya  Prune, Mitchels, Adrea Swain, Tosone, Ricky Sarkany, Blaque, Cardon dan Elboyero. Mungkin anda tidak pernah dengar jenama tersebut, tetapi kami berani jamin, memang cantik dan trendy. Dengan harga di sekitar RM500 pun anda sudah boleh menggalas sebuah beg tangan baru sehebat jenama terkenal AS dan Eropah.

Itu belum kasut, tali pinggang dan baju. Anda mesti cuba jenama ini dan anda akan nampak lain dari yang lain. Kami jamin anda takkan menyesal.

Apa lagi yang menarik di Argentina? Ronda-ronda sekitar Palermo dan San Telmo. Satu lagi, jangan lupa bergambar dengan mural legenda bolasepak dunia, Diego Maradona. Ada banyak mural Maradona di sana, khususnya sekitar Stadium Boca Juniors, kelab yang menaikkan nama beliau. 

Sebelum balik, belilah T-shirt Yo Soy El Diego, yang memaparkan nombor kad pengenalan, gambar dan tandatangan Maradona.






[Bersambung]

26 July 2013

EKSOTIKNYA TURKI!

Keajaiban dan keindahan bumi eksotik 2 benua: Terokai Turki bersama POTO Travel & Tours


Turki merupakan salah sebuah negara yang memainkan peranan terpenting dalam sejarah perkembangan Islam di dunia. Kawasan yang sekarang terdiri daripada Turki moden telah menjadi saksi kelahiran peradaban-peradaban utama, termasuk Empayar Byzantine dan Empayar Turki Uthmaniyyah yang banyak meninggalkan kesan sejarah untuk dipelajari. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan sebatian unik budaya Timur dan Barat yang sering diperihalkan sebagai jambatan persaudaraan antara dua buah peradaban.

Dengan terlancarnya kempen Percutian Bonanza 3 POTO 2013, anda bakal menyaksikan sendiri keagungan bumi Turki yang begitu eksotik melalui pakej percutian ‘all-in’ ke sana selama 10 hari 7 malam. Pakej yang telah dibuka untuk tempahan ini akan membawa anda menjelajah ke 5 kawasan pelancongan utama di Turki; Istanbul, Bursa, Pamukkale, Cappadocia dan Ankara.

Kunjungan ke Hagia Sofia merupakan salah satu highlight utama yang menjadikan pakej daripada POTO ini satu peluang yang tidak boleh dilepaskan! Bangunan dengan rekabentuk senibina yang ikonik ini pada asalnya dibina sebagai sebuah gereja Kristian Ordotoks. Namun selepas itu, ia dijadikan masjid sebelum diubah fungsinya kepada sebuah muzium untuk kunjungan orang ramai sekarang. Mengambil gambar berlatarbelakangkan muzium ini adalah satu kemestian apabila berada di sana.


Hagia Sofia (Sumber: travelingwithkrushworth.wordpress.com)

Pengalaman membeli belah di Istanbul juga menjadi perkara yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang melancong ke sana. Grand Bazaar dan Spice Market adalah 2 bazar terbesar dan tertua di Turki, di mana hasil kraftangan masyarakat tempatan seperti tembikar, barangan kaca, fabrik, rempah-ratus dan makanan dijual pada harga yang sangat berpatutan. Anda pasti rambang mata!


Grand Bazaar (Sumber: Wikimedia)

Antique City of Hierapolis di Pamukkale adalah satu lagi lokasi teristimewa yang bakal dikunjungi ketika lawatan bersama POTO ke Turki berlangsung. Diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, tinggalan kota yang dibina pada abad ke-2 SM ini terkenal dengan sumber air panas semulajadi yang dipercayai berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Setelah penat berjalan, berehat seketika sambil meletakkan kaki ke dalam air panas di sana mungkin boleh mengembalikan tenaga anda!

Antique City of Hierapolis (Sumber: article.wn.com)

Lawatan yang disediakan ke daerah Cappadocia juga pasti membuatkan anda terpegun dengan keajaiban bumi Turki. Tempat-tempat seperti Underground City of Kaymakli, Pasabag Valley dan Uchisar Village akan membuatkan anda berasa seperti berada di planet asing. Struktur- struktur permukaan bumi semulajadi yang unik di Cappadocia seharusnya perlu diabadikan dalam bentuk fotografi untuk dijadikan kenang-kenangan.

Cappadocia (Sumber: turkeytravelinformation.com)

Selama 10 hari 7 malam, banyak lagi tempat-tempat menarik yang akan anda lawati seperti Topkapi Palace, Mausoleum of Ataturk, Mosque of Rustem Pasa dan satu aktiviti bonus iaitu Bosphorus Cruise!

Topkapi Palace (Sumber: www.whereis-istanbul.com)

Pakej percutian daripada POTO Travel & Tours ini menjanjikan keselesaan ketika melancong tanpa perlu berasa risau tentang keselamatan atau menghabiskan banyak masa untuk merancang aktiviti perjalanan.

Keistimewaan lain pakej ini adalah harga tawaran yang murah, diskaun untuk warga emas dan kanak-kanak, penerbangan melalui pesawat MAS, penginapan di hotel-hotel bertaraf 4 bintang di semua lokasi, penjagaan waktu solat sepanjang sesi lawatan, penggunaan khidmat bas shuttle berjenama Mercedes dan pengelolaan lawatan oleh tour guide tempatan dan tour leader yang professional dan mesra.

Maklumat lengkap tentang pakej Turki POTO ini boleh dimuat turun di http://poto.travel/bonanza3/turkiMHSepOkt.pdf atau layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my untuk maklumat tentang pakej-pakej menarik yang lain. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan peluang keemasan ini! Jumpa anda di Turki, Insyaallah! Görüşürüz!