Pages

29 July 2013

Kembara Fantastik ke Amerika Selatan (Bahagian 2)

Nota: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan.



Uruguay

Yes! Montevideo! Bola! Luis Suarez! Mujica! Shopping lagi!

Ini satu lagi pengalaman yang sangat berbeza. Motevideo sebuah bandar yang sangat cool, hijau, tersusun dan unik.



Perjalanan ke Uruguay dari hotel penginapan bermula pada pukul 7.30 pagi, kemudian naik feri di Buenos Aires  pukul 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam merentasi muara Sungai La Plata selebar 60 kilometer. Turun di Colonia del Sacramento, kemudian melawat tinggalan kapal Graf Spee (kapal perang Jerman yang pernah berlabuh di situ semasa perang Dunia Kedua). Di situ kita boleh lihat sauh dan meriam tentera Nazi, serta barang-barang lain.


Banyak tempat yang cantik di Motivedeo, terutama di bandar lamanya. Antaranya ialah taman Plaza Perlembagaan yang dikelilingi pokok-pokok. Tidak jauh dari situ pula kita boleh bersantai-santai di Dataran Kemerdekaan yang terdapat monument negawaran mereka, Jose Gervasio Artigas.


Di situlah letaknya bangunan Presiden, tempat Presidennya, Jose Mujica sedang bekerja. Siapa Mujica? Beliau digelar Presiden paling  miskin di dunia, kerana menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat miskin.


Mujica tinggal di rumah lamanya di sebuah kawasan ladang, menggunakan kereta Volkswagen Beetle buruk dan berpakaian seperti petani. Pada zaman mudanya, Mujica adalah pemimpin gerila, enam kali ditembak polis dan dipenjara selama 14 tahun. Pada Mac 2010, beliau menjadi Presiden.

Oh ya, jangan lupa melawat tinggalan pintu gerbang Citadel. Ia merupakan tinggalan asal yang dibina pada kurun ke-18. Bangunan-bangunan asal semuanya sudah runtuh ekoran pertempuran rakyat Uruguay dengan penjajah Sepanyol, British dan Portugis.


Tempat lain yang menarik ialah Dewan Bandar Lama Motevideo, Solis Theatre, Barrio del Prado dan banyak lagi. 


Shopping? Apa lagi kalau bukan  barangan kulit, terutamanya beg tangan dan jersi bolasepak. Jangan lupa, Uruguay adalah negara pertama menjadi juara Piala Dunia FIFA pada 1950 menewaskan Brazil, 2-1.  Wajib beli jersi bola Suarez dan Forlan.







[Bersambung]

No comments:

Post a Comment