Assalamualaikum WBT..
Sengaja tajuk di atas dipilih sebagai
post pertama blog POTO Travel & Tours ini. Membawa maksud yang penuh makna bagi kami di sini (selamat tinggal 2010, selamat datang 2011). Terasa amat berat untuk meninggalkan tahun 2010 yang amat membanggakan namun terbit juga di dalam hati rasa girang dan penuh semangat untuk menempuh tahun 2011 pula.
Alhamdulillah berkat sokongan tetamu-tetamu POTO Travel & Tours dan izin Allah SWT selama ini, syarikat ini mampu bertahan biarpun kadang-kala diselimuti dengan pelbagai keresahan dan dugaan. Masih segar lagi dalam ingatan saya ada pekerja POTO yang langsung tidak teringat tentang makan tengahari hanya semata-mata untuk memastikan perjalanan kembara para tetamu berjalan lancar. Begitulah komitmen kami di dalam mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada para tetamu.
Namun begitu takdir tuhan melebihi segalanya. Kadang-kala apa yang dirancang tidak berjalan seperti yang dikehendaki. Kami di sini menganggap itu sebahagian dari ujian dari Yang Maha Esa untuk menguji kesabaran dan keimanan kami kepada-Nya. Kami juga menerima teguran dan kritikan dengan hati yang tebuka kerana menganggap itu tandanya Allah SWT dan para tetamu kami mahukan POTO Travel melangkah lebih tinggi dalam terma servis yang diberi. Harapan kami agar semua tetamu-tetamu POTO memaafkan sebarang kesilapan dari kami di sini dan dengan izin Yang Maha Esa, kami sentiasa memperbaiki segala kelemahan tersebut agar tidak berulang lagi. Insya-allah..
Di kesempatan ini juga kami ingin mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga POTO yang baru; Adi, AJ, Pico, Gee, Daus dan Raffik ke dalam organisasi ini. Diharapkan agar mereka ini semua dapat memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan dan tetamu-tetamu POTO Travel.
Dari masa ke semasa kami akan sentiasa menghantar maklumat mengenai pakej-pakej yang mempunyai harga istimewa kepada anda melalui sms, email, flyer, laman web
www.pototravel.com.my, facebook POTO Leisure (
www.facebook.com/pototravel), twitter malahan di blog ini juga.
Akhir kalam, sentiasalah memuji Yang Maha Esa kerana Dia kekal selama-lamanya..