Countdown

29 August 2012

Buletin: Misi Bantuan Ramadhan POTO

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia yang lepas, ahli badan Lujnah Ibadah POTO telah mengaturkan satu program lawatan ke rumah-rumah anak yatim dan Maahad Tahfiz sekitar Gombak, Setapak dan Cheras sambil memberi sumbangan dan duit raya daripada kakitangan POTO Travel.

Antara ahli-ahli rombongan Misi Bantuan Ramadhan POTO

Pakej Harga Istimewa Legoland Malaysia + Universal Studios Singapore

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, POTO Travel menawarkan pakej harga istimewa ke Legoland Malaysia + Universal Studios Singapore bagi percutian anda seisi keluarga. Pakej halfboard 3 hari 2 malam ini ditawarkan pada harga RM699 seorang dewasa/warga emas dengan diskaun sebanyak RM290 dari harga sebenar RM989 dan akan berlepas pada 15 September ini sehingga 17 September.

Ikon The Merlion di Marina Bay versi Legoland Malaysia