Countdown

2 December 2015

Bezanya Mengembara & Melancong


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca blog sekalian! Tiba-tiba hari ini admin terasa ingin berkongsi maklumat dan pendapat mengenai perbezaan di antara mengembara dan melancong. Tidak dapat dinafikan, semua orang suka bercuti. Lagi-lagi mereka yang penat kerna saban hari waktunya dihimpit kerja yang berlambak di pejabat. Bukan itu sahaja, mereka yang mengerjakan bisnes kecil-kecilan juga sibuk menguruskan hal-hal untuk pelanggan. Kadang-kala, percutian memang sangat diperlukan untuk berehat dari dunia yang sibuk. Ya, sememangnya bagi admin melancong ini pada konteksnya ialah bercuti, iaitu rehat dari segala hal-hal yang memenatkan dan memeningkan.

Admin memang salute bagi mereka yang sukakan pengembaraan. Bukan senang, ianya memerlukan mental dan tenaga yang kuat kerana anda perlu membuat research sendiri mengenai tempat yang ingin dilawati. Kebanyakan si pengembara lebih memilih untuk menginap di hostel/asrama kerana dapat menjimatkan wang ringgit yang akan digunakan untuk perkara yang lain. Orang kata, adventure is a challenge! Ya, betul tu. Anda akan rasa penat sebab perlu meneroka, menjelajah ke tempat asing, sedangkan di dalam malaysia belum habis diterokai dan kadang-kadang boleh tersesat juga. Namun, inilah cabaran bagi si pengembara. Mereka walaupun penat, tetapi rasa puas dan seronok. Memang tidak berasa selesa, kurang dari segi level of comfort. Namun, ianya tidak menjadi suatu masalah, kerana di penghujungnya memberikan warna pada sebuah percutian.

Tidak semua sanggup bersusah-payah dalam mengembara lagi-lagi mereka yang ingin bercuti dan bersantai sahaja kerana ingin berehat. Maka, mereka lebih memilih untuk bercuti bersama agensi pelancongan. Kesitimewaan yang terdapat pada agensi pelancongan ialah segala penyediaan diuruskan dari A-Z, dari segi tiket penerbangan, hotel, tempat lawatan, susun atur jadual, pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong. Kiranya, hanya perlu sediakan duit perbelanjaan peribadi. Bukan itu sahaja, anda akan sentiasa dijaga oleh ketua rombongan, atau lebih senang dikenali sebagai Tour Leader. Ketua rombongan ini berperanan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan para pelanggan. Anda tidak perlu gusar mengenai waktu solat dan sebagainya, jika ada apa-apa kemusykilan, boleh bertanya kepada Tour leader dan juga Tour guide. Kerana itulah bayarannya mahal berbanding anda mengembara, kerana segalanya telah disediakan & worry-free, tidak perlu risau kerana insha Allah perjalanan anda sentiasa teratur dan selesa!

Di sini terdapat beberapa perbezaan bagi pelancong dan pengembara yang dikongsi oleh blogger yang lain:

  • Pelancong membeli-belah di shopping mall, pengembara lebih suka keluar masuk pasar.
  • Pelancong menginap di hotel bertaraf 3-4 bintang, pengembara pula tidur di hostel
  • Pelancong menaiki bas khas yang selesa, pemgembara menaiki bas awam sahaja.
  • Pelancong di "escort" oleh pemandu pelancong yang boleh memberikan pelbagai info dan maklumat mengenai tempat yang dilawati, pengembara pula meneroka dan menjelajah sendiri ke tempat yang dikunjungi
  • Pelancong dijaga oleh ketua rombongan, pengembara tidak.
  • Pelancong dibawa ke restoran yang menyediakan makanan lazat yang pelbagai lauk, pengembara makan di mana-mana sahaja asalkan halal atau megi.
  • Pelancong tidak perlu memikirkan mengenai flight, hotel, makanan, tempat lawatan kerana semuanya telah diuruskan, pengembara perlu menguruskannya sendiri.

Dua konsep yang berbeza. Mengembara itu seronok, dan melancong itu juga seronok. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri untuk membuat pilihan yang manakah sesuai untuk percutian yang lebih bermakna. Yang penting, kita dapat keluar dari tempurung untuk melihat ciptaan-NYA yang indah!

Bagi yang ingin melancong, POTO Travel & Tours menyediakan pelbagai pakej destinasi menarik untuk dipilih, dari negara asia sehinggalah eropah kami boleh membawa anda mengelilingi dunia. Insha Allah, perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik untuk memastikan percutian dan perjalanan anda lebih teratur dan selesa.
Untuk melihat pakej yang ada, boleh layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my atau hubungi khidmat pelanggan di talian 039200 6640.

Jom ikut kami melancong!

1 December 2015

Solat di Ruang Udara







SOLAT merupakan tiang agama, waima walau di mana kita berada. Setiap umat Islam tidak terlepas daripada kewajipan melaksanakannya walaupun berhadapan segala kemungkinan sama ada situasi cemas atau sebagainya.
Hal itu menggambarkan bahawa solat adalah asas kepada sesuatu pegangan umat Islam selain ia merupakan ibadah berbentuk harian jika dibandingkan kewajipan lain seperti zakat, puasa dan haji yang dilaksanakan dalam tempoh tertentu.
Hal berkenaan termasuklah jika seseorang umat Islam sedang dalam perjalanan, sama ada menerusi pengangkutan darat, udara dan air.
Namun demikian, jika berada di darat atau di atas laut iaitu berada di atas muka bumi, kita boleh menunaikan dengan mudah sekali. Bagaimana pula ketika di udara?
Ketika diajukan soalan berkenaan kepada penumpang kapal terbang, mereka terus menjawab bahawa tidak melaksanakan kerana sedang berhadapan kesulitan.
Tanggapan itu sebenarnya adalah salah kerana tuntutan solat hanya gugur apabila seseorang itu berada dalam keadaan pengsan, haid bagi wanita dan sebagainya.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya. Dr. Muhd. Najib Abdul Kadir, solat wajib dilaksanakan walaupun berhadapan kesulitan termasuklah ketika penerbangan.
Namun ahli Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan itu berkata, namun demikian terdapat cara tertentu ketika berhadapan situasi menunaikan solat dalam penerbangan yang terbahagi kepada cara penentuan waktu dan kaedah pelaksanaannya.
Kaedah pelaksanaan
Jelas Muhd. Najib, perkara pertama yang perlu diketahui adakah ketika itu telah masuk waktu solat mengikut waktu tempatan, misalnya tibanya Zuhur sewaktu berada di ruang udara Pulau Pinang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Madinah.
"Maka ia boleh menunaikan solat Zuhur mengikut waktu Pulau Pinang sama ada hendak menjamakkan takdim dengan Asar ataupun sebaliknya.
"Namun dalam perjalanan itu, dia berada di Bangladesh dan masuk waktu Zuhur. Oleh demikian seseorang itu tidak perlu tunaikan solat itu lagi," terang Muhd. Najib.
Berkenaan waktu solat, penulis buku Rahsia Haji itu berkata para penumpang boleh bertanya sendiri kepada anak kapal dengan mereka akan merujuk kepada juruterbang.
Berhubung arah kiblat, Muhd. Najib berkata kebiasaannya dalam kapal terbang mempunyai paparan skrin yang menunjukkan lokasi dan arah tuju sesuatu penerbangan.
Muhd. Najib berkata, menerusi paparan itu memudahkan penumpang mengetahui arah kiblat. Namun ketika sedang menunaikan solat, arah kiblat bertukar maka dia tidak perlu mengulanginya semula.
Solat hormat waktu
Bagaimana hendak mengambil wuduk ketika dalam penerbangan sedangkan penggunaan air adalah terhad. Jika air berlebihan, boleh mendatangkan kemudaratan kepada kapal terbang.
Sehubungan itu, Muhd. Najib berkata penumpang boleh bersembahyang tanpa berwuduk dengan melakukan Solat Menghormati Waktu.
Muhd. Najib berkata, ada ketikanya, sama ada akibat darurat atau sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamun bagi menunaikan solat. Dalam hal ini umat Islam boleh menunaikan solat hormat waktu.
Tambah ahli akademi itu, pada asalnya solat ini bermaksud wujudnya kecacatan syarat yang tidak mencukupi iaitu tidak boleh berwuduk dan tayamum sama ada ketiadaan kedua-duanya atau keuzuran, sedangkan waktu solat masih ada ketika itu.
Namun jika masih dalam waktu solat, Muhd. Najib berkata, ia perlu mengulanginya. Tetapi jika sudah luput waktu solat, ia perlu menggantikan (qada).

Artikel asal: Utusan Online