Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya perancangan POTO Travel dalam MATTA Fair yang berlangsung di PWTC pada 16-18 Mac 2012 baru-baru ini berjalan lancar dan jayanya.
Dengan rekabentuk visual wajah baru, POTO Travel menyediakan 10 booth di Dewan 1, 2, 3 dan Linkway bagi memudahkan para pelanggan membuat pertanyaan dan tempahan. Biarpun kepenatan bertugas seharian, namun krew-krew yang bertugas tetap ceria memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.
