Pada 1 hingga 3 Julai yang lepas, bertempat di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, Pahang telah diadakan UMLAND Company Outing bagi meraikan para pekerja mereka yang selama ini telah bekerja keras menjayakan setiap projek yang mereka perolehi. Seramai 220 orang telah mengikuti acara ini dari hari pertama sehingga hari yang terakhir. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memenuhi waktu yang ada sepanjang tiga hari mereka di sana.