Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca blog sekalian! Tiba-tiba hari ini admin terasa ingin berkongsi maklumat dan pendapat mengenai perbezaan di antara mengembara dan melancong. Tidak dapat dinafikan, semua orang suka bercuti. Lagi-lagi mereka yang penat kerna saban hari waktunya dihimpit kerja yang berlambak di pejabat. Bukan itu sahaja, mereka yang mengerjakan bisnes kecil-kecilan juga sibuk menguruskan hal-hal untuk pelanggan. Kadang-kala, percutian memang sangat diperlukan untuk berehat dari dunia yang sibuk. Ya, sememangnya bagi admin melancong ini pada konteksnya ialah bercuti, iaitu rehat dari segala hal-hal yang memenatkan dan memeningkan.
Admin memang salute bagi mereka yang sukakan pengembaraan. Bukan senang, ianya memerlukan mental dan tenaga yang kuat kerana anda perlu membuat research sendiri mengenai tempat yang ingin dilawati. Kebanyakan si pengembara lebih memilih untuk menginap di hostel/asrama kerana dapat menjimatkan wang ringgit yang akan digunakan untuk perkara yang lain. Orang kata, adventure is a challenge! Ya, betul tu. Anda akan rasa penat sebab perlu meneroka, menjelajah ke tempat asing, sedangkan di dalam malaysia belum habis diterokai dan kadang-kadang boleh tersesat juga. Namun, inilah cabaran bagi si pengembara. Mereka walaupun penat, tetapi rasa puas dan seronok. Memang tidak berasa selesa, kurang dari segi level of comfort. Namun, ianya tidak menjadi suatu masalah, kerana di penghujungnya memberikan warna pada sebuah percutian.
Tidak semua sanggup bersusah-payah dalam mengembara lagi-lagi mereka yang ingin bercuti dan bersantai sahaja kerana ingin berehat. Maka, mereka lebih memilih untuk bercuti bersama agensi pelancongan. Kesitimewaan yang terdapat pada agensi pelancongan ialah segala penyediaan diuruskan dari A-Z, dari segi tiket penerbangan, hotel, tempat lawatan, susun atur jadual, pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong. Kiranya, hanya perlu sediakan duit perbelanjaan peribadi. Bukan itu sahaja, anda akan sentiasa dijaga oleh ketua rombongan, atau lebih senang dikenali sebagai Tour Leader. Ketua rombongan ini berperanan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan para pelanggan. Anda tidak perlu gusar mengenai waktu solat dan sebagainya, jika ada apa-apa kemusykilan, boleh bertanya kepada Tour leader dan juga Tour guide. Kerana itulah bayarannya mahal berbanding anda mengembara, kerana segalanya telah disediakan & worry-free, tidak perlu risau kerana insha Allah perjalanan anda sentiasa teratur dan selesa!
Di sini terdapat beberapa perbezaan bagi pelancong dan pengembara yang dikongsi oleh blogger yang lain:
- Pelancong membeli-belah di shopping mall, pengembara lebih suka keluar masuk pasar.
- Pelancong menginap di hotel bertaraf 3-4 bintang, pengembara pula tidur di hostel
- Pelancong menaiki bas khas yang selesa, pemgembara menaiki bas awam sahaja.
- Pelancong di "escort" oleh pemandu pelancong yang boleh memberikan pelbagai info dan maklumat mengenai tempat yang dilawati, pengembara pula meneroka dan menjelajah sendiri ke tempat yang dikunjungi
- Pelancong dijaga oleh ketua rombongan, pengembara tidak.
- Pelancong dibawa ke restoran yang menyediakan makanan lazat yang pelbagai lauk, pengembara makan di mana-mana sahaja asalkan halal atau megi.
- Pelancong tidak perlu memikirkan mengenai flight, hotel, makanan, tempat lawatan kerana semuanya telah diuruskan, pengembara perlu menguruskannya sendiri.
Dua konsep yang berbeza. Mengembara itu seronok, dan melancong itu juga seronok. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri untuk membuat pilihan yang manakah sesuai untuk percutian yang lebih bermakna. Yang penting, kita dapat keluar dari tempurung untuk melihat ciptaan-NYA yang indah!
Bagi yang ingin melancong, POTO Travel & Tours menyediakan pelbagai pakej destinasi menarik untuk dipilih, dari negara asia sehinggalah eropah kami boleh membawa anda mengelilingi dunia. Insha Allah, perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik untuk memastikan percutian dan perjalanan anda lebih teratur dan selesa.
Untuk melihat pakej yang ada, boleh layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my atau hubungi khidmat pelanggan di talian 039200 6640.
Jom ikut kami melancong!
Jom ikut kami melancong!
ArmaniQQ
ReplyDeleteAyo Main Di Situs Poker Online Terpercaya Yaitu Situs ARMANIQQ
Dengan 9 Permainan 1 User ID (NO BOT) (NO ADMIN) FAIRPLAY Player vs Player 100%
Daftar Dan Mainkan Sekarang
Memiliki Bonus Bonus WOW
• Bonus Turnover mingguan 0.5%(Dibagikan Setiap Minggu)
• Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
Ayo Segera....Mainkan Sekarang Juga
Hanya Minimal Deposit Rp 10.000 Dan Minimal Withdraw Rp 20.000
(Bisa deposit Dengan E-Money OVO,GOPAY,GOJEK)
Siap Melayani 24Jam Non Stop Setiap Hari nya
Link alternatif : armaniqqs.info | winterarmani.club