Pages

17 November 2015

Ke Busan Kita (Bahagian Kedua)

Assalamualaikum. Lama rasanya tidak tidak update "blog". Kiranya, masih berhutang dengan para pembaca mengenai trip ke Busan. Bagaimana dengan kisah Busan untuk "part 1"? ada yang tertarik untuk melancong ke sana? Bagi yang belum baca, boleh klik di sini: http://pototravel.blogspot.my/2015/08/ke-busan-kita-bahagian-pertama.html

Baiklah, tempat lain yang dikunjungi ketika berada di Busan adalah Bangunan APEC Nurimaru. Agak-agak, bangunan apa itu? Kenapa orang suka datang melawat di situ? Sini saya ingin kongsikan bahawa ia telah dibina pada tahun 2005 untuk Persidangan APEC yang terletak di Pulau Dongbaekseom yang cukup indah. Orang kata, ia adalah simbol Busan yang menampilkan seni bina yang mempersonakan. Konsep ini diilhamkan dari rumah tradisional Korea musim panas yang juga digelar sebagai Pavillion.



Anda juga disajikan dengan pemandangan memukau Pantai Haeundae dan Jambatan Gwangandaeyo. Apa yang menarik pula dengan pantai ini? Pantai ini sangat terkenal di Busan, Korea. Boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik, seperti ski jet, luncur air sambil berseronok di bawah sinaran matahari. Ingin menjemurkan diri pun tiada masalah, melihat kecantikan pantai itu sendiri. Maka dengan itu, ia banyak dikunjungi para pelancong dan orang tempatan Korea ketika musim panas.

Sebelah pantai Haeundae terdapat terowong bawah air, iaitu akuarium terbesar di Korea sepanjang 80 meter dan simulator yang mengagumkan. Bolehlah kalau ingin selami dunia hidupan laut dan berangan-angan anda di dalam air sambil bermesra dengan ikan-ikan dan hidupan lain.

Bagi sesiapa peminat artis korea, Jang Geun Suk pernah membuat persembahan di pantai ini pada malam perasmian filem "You Are My Pet". Beliau menyanyi sambil mengalunkan muzik gitar yang mengasyikkan. Jangan tidak tahu, Pantai Haeundae juga mempunyai filemnya tersendiri yang mengisahkan tentang tsunami yang terjadi di Korea.

Pada musim panas juga diadakan "Sand festival", diinspirasikan dari pasir putih yang indah pada pantai itu. Anda dapat menyaksikan pelbagai replika monumen yang terkenal yang diperbuat dari pasir pantai, dimana pertandingan diadakan dan berpeluang memenangi hadiah menarik! Selain itu, anda boleh menikmati untuk "menanamkan" diri anda dengan pasir-pasir pantai.









Sekarang, saya ingin pula berkongsi mengenai satu kawasan tumpuan untuk ber"shopping" dan mendapatkan makanan laut yang terbesar di Korea, iaitu Jagalchi Market. Jika anda seorang yang gemarkan makanan laut, di sinilah tempat anda wajib kunjungi tak lain tak bukan. Terdapat beribu-ribu jenis ikan yang dijual setiap hari. Yang menariknya, anda boleh membeli dan meminta penjual untuk membersihkan ikan itu terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meminta penjual itu untuk memasak bahan makanan dan juga sediakannya sebagai bahan mentah yang dijadikan sebagai sashimi! 






Terdapat banyak tempat menarik yang lain, antaranya yang menjadi tarikan dan tumpuan ialah Taejongdae, iaitu taman semulajadi yang terletak di daerdah Yeongda. Boleh juga dikatakan sebagai satu monumen di Busan. Sebenarnya, ia merupakan bukit yang ditumbuhi dengan pokok-pokok pine.




Berdekatan dengannya ialah sebuah rumah api dan dibawahnya adalah batu yang digelar sebagai Sinseon Rock. Dikatakan ia diberi nama sebegitu rupa adalah kerana terdapat mitos bahawa dewa dan dewi telah singgah di sini untuk beristirehat. Pada batu ini pula terdapat sebuah angka yang dipanggil sebagai Mangbuseok, di mana tersebutlah kisah seorang wanita yang setia menunggu suaminya yang telah dibawa ke Jepun. Selain itu, Taejongdae juga terkenal dengan upacara berdoa untuk hujan. Ia dilakukan ketika musim kemarau dan hujan pada 10 Mei lunar yang dipanggil sebagai "Hujan Taejong"itu.





Kiranya, Taejongdae ini menempatkan pelbagai tarikan antaranya ialah Tejongsa Temple, Yeongdae Lighthouse, Observation Deck, Gumyongsa Temple dan Taewon Pebble Yard. Anda boleh berjalan-jalan di sekitar sini. Jika kepenatan atau tidak larat, boleh menaiki Danubi (lebih dikenali sebagai tram) kerana kesemua tempat ini Danubi akan berhenti. Danubi akan datang kira-kira setiap 30 minit.

Lighthouse
Jom saya ceritakan sedikit mengenai Danubi ini. Namanya diambil dari perkataan dalam bahasa Korea yang membawa maksud "admiring the scenery". Ia telah menjadi ikon bagi Taejongdae. Track yang dilalui Danubi adalah sepanjang 4.3 km. Anda boleh turun di mana-mana tempat dan jika ingin menaiki smula perlu menunggu Danubi yang berikutnya. pastikan tiket disimpan dengan baik-baik. Tidak lupa juga, anda boleh dapatkan template Taejongdae secara percuma di Tourist Information Office yang terletak berdekatan dengan kaunter jualan tiket Danubi.

Selalunya, orang ramai akan turun apabila Danubi berhenti di Obserbation Deck kerana dikatakan di sinilah dapat melihat pemandangan yang indah. Ia sangat unik bagi saya kerana ia kelihatan seperti spaceship yang terletak di tepi tebing tinggi. Boleh menjamu mata melihat keindahan laut, kapal, pulau dan juga orang yang sedang memancing. Terdapat 3 tingkat di Observation Deck dan di tingkat 3 ada sebuah kafe. Bolehlah bersantai sambil minum menghadap laut.




Inilah tempat-tempat yang akan anda lawati jika pergi melancong bersama POTO Travel & Tours ke Busan selama 8 hari 6 malam. Dapatkan harga promosi early bird sekarang dengan harga RM 4,326 sahaja. Tarikh perlepasan adalah 20 Februari 2015. Masih lagi merancang percutian? Tinggalkan nama penuh dan alamat emel di ruangan komen untuk sebarang promosi pakej-pakej akan datang.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi bahagian khidmat pelanggan di talian 039200 6640, atau layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my. Jom ikut kami melancong!

No comments:

Post a Comment