Pages

18 November 2015

8 Fakta Menarik Tentang Aurora Borealis Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Adakah anda masih lagi tertanya-tanya, apakah itu Aurora Borealis? Dimana boleh melihat Aurora ini? Apa yang menarik mengenai Aurora Borealis?

Disini admin kongsikan kepada anda semua mengenai 8 fakta menarik mengenai Aurora Borealis dari The Voket.

ARTIKEL ASAL: The Vocket

Nota Editor: Perkongsian tentang Aurora Borealis  ini telah paparkan di Facebook Azmira Amran, seorang pelajar University of Oulu, Finland dalam jurusan International Master Programme in Education and Globalisation. Ikuti perkongsian menarik beliau di bawah.

1. Juga dikenali dengan nama Northern Lights. Berlaku di kawasan berdekatan Kutub Utara. Di Kutub Selatan, ia dikenali sebagai Aurora Australis. (Ingat tak eksperimen batang magnet dan serbuk besi masa zaman sekolah dahulu? Serbuk besi akan menghasilkan corak yang kuat di bahagian kutub magnet. Begitulah juga medan magnet bumi).
2. Berlaku apabila partikel yang terhasil dari ‘solar wind‘ matahari bertembung dengan medan magnetik bumi. Lebih kuat dan laju partikel yang datang dari ‘solar wind’ ini, lebih kuat Aurora akan kelihatan di medan magnetik bumi.
3. Finland adalah salah satu negara yang berada dalam lingkungan kutub utara. Negara-negara utara lain adalah Norway, Sweden, Canada, Iceland, Greenland






4. Lebih kerap terjadi semasa musim sejuk.
Nota: musim sejuk di Oulu bermula lebih kurang pada bulan 10/11 dan berakhir pada bulan 4/5. Pada musim sejuk, matahari jarang kelihatan. Keadaan gelap ini membolehkan aurora dilihat dengan jelas.
5. Planet-planet lain juga mengalami aurora di medan magnet planet mereka.
6. Aurora boleh dilihat dari kapal terbang yang berada dalam kawasan aurora.
7. Mengambil gambar dan video aurora adalah sangat mencabar kerana persekitaran yang gelap gelita. Kamera perlu disetkan dengan shutter speed yang lebih perlahan, aperture yang besar dan ISO yang lebih tinggi.
8. Pada pendapat saya, Aurora Borealis kelihatan seperti langsir laser yang ditiup angin. Menonton aurora pula memerlukan keazaman yang tinggi kerana suhu di luar amat rendah. Tapi nasib baik semalam suhu cuma -4°.





Semasa di Lapland tahun lepas, saya menonton aurora dalam suhu -20°. Tapi sempat juga berpiknik, bawa air teh dalam termos dan sandwich digulung dalam aluminium foil. Walaubagaimanapun, kaki sudah kebas walaupun memakai boots berketahanan -20°. Jadi, ya, memerlukan keazaman yang tinggi.

No comments:

Post a Comment