Pada hari ketiga, kapal berhenti seketika di Perairan Krabi,
Thailand. Pada hari ini, kami turut keluar dari kapal untuk mengadakan lawatan sekitar
Bandar Krabi. Tepat jam 10 pagi, kami diminta berkumpul untuk ke Stardust
Lounge untuk berkumpul berdasarkan pelekat-pelekat yang diberi.
Untuk aktiviti di Krabi, kami memilih aktiviti
bebas (Free & easy) dan kami diberikan pelekat berwarna putih. Lebih kurang
jam 10.30 pagi, kami bergerak menuju ke feri kecil (Tendering boat) untuk di bawa ke Jeti Krabi. Seramai 100 orang
dimuatkan dalam sebuah feri dan perjalanan ke jeti pesisiran pantai Krabi mengambil
masa selama 45 minit.
Dalam
“tendering boat”
Lebih kurang jam 11.30 pagi, kami tiba di
Jeti Klong Jilad, Krabi. Disebabkan kami tidak mengambil sebarang pakej lawatan,
kami terus mengambil tut-tut untuk ke Pekan Krabi. Memandangkan kami perlu kembali
ke kapal sebelum jam 5.30 petang kerana tendering boat yang terakhir adalah pada
jam 5.30 petang, kami bersepakat untuk menyewa 2 motosikal untuk melawat sekitar
Pekan Krabi.
Kos untuk menyewa 2 motosikal sangat berpatutan
iaitu 300 Thai Baht bagi penggunaan selama 3 Jam. Dengan berbekalkan minyak
motor yang diisi sebanyak 70 Thai Baht, kami meneruskan perjalanan ke tempat tarikan
pelancong yang paling popular di Krabi iaitu PantaiAo Nang. Perjalanan dari Pekan
Krabi ke Pantai Ao Nang mengambil masa selama 45 minit.
Setibanya di Pantai Ao Nang, perkara pertama
yang dituju adalah kedai makan kerana perut kami sudah berkeroncong. Menu yang pasti sudah
semestinya tomyam. Tidak lengkap sekiranya percutian di Thailand tidak dilengkapi
dengan hidangan tomyam dan juga pulut ayam. Jangan risau kerana mudah untuk mendapatkan
kedai makan halal di sekitarAo Nang.
Jalan-jalan
di sekitar Pantai Ao Nang, Krabi.
Selesai sahaja mengisi perut, kami meneruskan
perjalanan ke pesisir pantai Ao Nang. Walaupun masa berganjak ke tengahari,
kelihatan ramai pelancong yang mengambil angin di pesisiran pantai. Berhampiran
pantai juga terdapat deretan kedai cenderamata, kedai makan, kiosk pengurup wang
dan pelbagai lagi. Pasti anda akan rambang mata sekiranya masuk ke dalam kedai cenderamata.
Kalau boleh, semua barangan hendak diborong untuk dijadikan sebagai buah tangan.
Harga yang ditawarkan juga turut berpatutan.
Beraneka
cenderamata dapat dibeli sebagai kenang-kenangan
Setelah penat bersiar-siar di Pantai Aonang,
kami terus bertolak pulang ke Jeti untuk menaiki feri. Kami bersepakat untuk pulang
ke cruise pada jam 3.30 petang untuk mengelakkan sebarang kesesakan pada saat akhir.
Di Jeti Klong Jilad, Krabi setiap peserta dikehendaki
menunjukkan ‘access card’ sebelum memasuki ruang menunggu bot. Masa menunggu
pula dianggarkan dalam 10 minit. Sekali lagi perjalanan ke cruise mengambil masa
selama lebih kurang 45 minit.
Kelihatan
cruise dari “tendering boat”
Sebab utama kami kembali ke cruise dengan awal
kerana ingin menyiapkan diri sebelum menghadiri makan malam Gala. Seperti yang
dimaklumkan sebelum ini, makan malam ini perlu ditempah pada hari pertama kerana
tempat duduk sangat terhad. Kami berpeluang untuk menikmati makan malam di Restoran
Four Season.
Makan malam Gala bermula pada jam 6 petang.
Oh ya! Makan malam Gala ini ada etika pemakaian. Jangan lupa untuk mengikutinya
atau anda tidak dibenarkan masuk. Antara etika pemakaiannya ialah baju berkolar
bagi lelaki dan berkasut. Selipar tidak dibenarkan sama sekali.
Setiap orang mempunyai meja makan yang telah
ditetapkan. Menu pertama adalah pembuka selera, sup dan pelbagai lagi. Sangat sedap. Senang enak kami
menikmati hidangan yang disediakan, tetiba kami dikejutkan dengan persembahan
yang amat bertenaga dari krew restoran tersebut.
Pembuka
selera kami
Menu
utama
Dessert
yang terakhir
Tamat sahaja malam gala dinner, kami meneruskan
langkah ke Stardust Lounge untuk menyaksikan persembahan Gala Showtime: Simply
The Best.
Pertunjukkan
‘Simply The Best”
Bagi sesiapa yang meminati bidang nyanyian,
boleh menyanyi di Skyline KTV yang terletak di Deck 10. Semua perkhidmatan dan
lagu disediakan secara percuma. Akan tetapi, sekiranya ingin mendapatkan
minuman atau makanan, caj tambahan dikenakan. Terdapat pelbagai lagu yang
disediakan dalam pelbagai bahasa. Pastikan mempunyai vocal yang cukup mantap
untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut.
Pada jam 11.15 malam, kami semua dijemput ke
Pool Deck pada Deck 10 untuk menyertai “Viva De Libra Farewell Party” . Ini
merupakan parti terakhir bersama-sama dengan “Cruise Entertainment Team’ dan
“Hotel Representatives”. Macam seperti biasa, ada parti tentulah ada makanan.
Jadinya, kita makan lagi.
Memandangkan semua pembayaran di atas cruise
menggunakan access card, kami bersepakat untuk menyelesaikan pembayaran pada
malam terakhir ini. Pembayaran boleh diselesaikan di Activity Centre yang terletak
di Tingkat 5. Lebih senang selesaikan pembayaran pada awal waktu untuk
mengelakkan sebarang kesesakkan pada waktu akhir.
Bagi yang ingin membeli belah untuk hari terakhir, boleh menjenguk di Duty Free Shop yang terletak di Deck 4.
Bagi yang ingin melihat atau membeli
gambar-gambar yang diambil sepanjang berada di atas cruise, boleh menjenguk
Photo Gallery yang terletak di Deck 5
Photo
Gallery
Manakala bagi yang inginkan membeli
barang-barang cenderamata yang bertulis atau bercop “Star Cruise”, boleh pergi
ke kedai Ports O’ Call. Pelbagai barangan cenderamata dijual di sana dengan
harga yang berpatutan. Antaranya ialah keychain, pen, tuala, t-shirt dan
macam-macam lagi. Jangan lupa untuk membelinya sebagai kenang-kenangan atau
sebagai hadiah kepada yang tersayang.
Pada jam 11 pagi, kedengaran pengumuman oleh
pihak cruise untuk memaklumkan setiap peserta boleh mendapatkan kembali
passport masing-masing. Dengan syarat, segala pembayaran hendaklah dijelaskan
terlebih dahulu. Untuk mendapatkan passport, perlu di bawa access card untuk
rujukan pihak cruise.
Bagi sesiapa yang ingin keluar awal dari
cruise, mereka boleh berkumpul Ocean Palace Restaurant bermula jam 11.30 pagi.
Bagi mereka yang tidak tergesa-gesa untuk keluar awal, bolehlah berada di kabin
selewat-lewatnya sehingga jam 01.30 petang. Kami bersepakat keluar dari Cruise
pada jam 12 tengahari. Apabila melangkah keluar sahaja dari cruise bermaksud
selesai sudah pengembaraan kami seramai 4 orang bagi tempoh 4 hari 3 malam.
Yang pasti pengalaman menaiki kapal persiaran mewah ini merupakan pengalaman yang
sangat berharga dan akan diingati sampai bila-bila. Jika berkesempatan, kami
pasti akan kembali lagi menaiki STAR CRUISE SUPERSTAR LIBRA