Pages

20 November 2014

Rancang Percutian Istimewa Anda bersama Warga Emas!




Berpeluang untuk ke luar negara sememangnya menjadi setiap idaman manusia. Melihat keindahan negara & menikmati kecantikannya, siapa tidak mahukan? Jika ingin melancong bersama warga emas, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil agar sesuatu perjalanan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang melanda.

          Periksa Kesihatan sebelum Bercuti

Pastikan anda membawa ibu bapa anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk memeriksa tahap kesihatan mereka. Tidak mustahil lagi-lagi pada usia sebegini pelbagai penyakit yang akan menimpa. Jika perlu, lakukan rawatan rapi sebelum melancong dan mengikuti apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

          Bekalan Ubat

Adalah dinasihatkan untuk sentiasa membawa bekalan ubat walaupun tidak mempunyai penyakit kronik sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau boleh, labelkan setiap ubat agar tidak keliru atau tersalah sewaktu kecemasan. Sentiasa bersiap-sedia dengan ubat-ubatan mengikut keadaan dan destinasi yang dituju.

          Jaga Pemakanan

Biasalah tiap kali melancong, pantang nampak makanan yang agak-agak macam tiada di Malaysia, mesti nak cuba. Namun perlu diingatkan, makanlah pada kadar dan kuantiti yang sikit sekadar untuk merasa. Jangan nanti ada pula yang kena sorong ke hospital.

    Minum Air yang banyak

Minumlah air kosong dengan banyak lagi-lagi bila tidak biasa dengan suasana empat musim bagi mengelakkan hidrasi. Minum air yang banyak bukan sahaja tidak akan memudaratkan diri bahkan badan akan sentiasa segar dan tidak mudah letih. Penyakit juga akan kurang menyerang.

    Guna Kemudahan yang diberikan

Jika diri ini perlu menggunakan kerusi roda, usah malu kerana ia masih boleh membawa mereka berjalan-jalan mengelilingi dunia. Jangan jadikan berkerusi roda sebagai sekatan untuk bersuka-ria mahupun menikmati keindahan negara asing.


Bukan itu sahaja, bawalah pakaian yang sesuai dengan cuaca dan rehat yang mencukupi. Sekali-sekala apa salahnya membawa warga emas berjalan-jalan kerana ia merupakan cuti rehat yang paling berharga buat mereka! Jom melancong!

No comments:

Post a Comment