ARTIKEL ASAL DARI LAMAN SESAWANG RASMI LIBUR
|
Gambar hiasan
Tip Pertama Kali Buat Pasport Anak
Kadang-kadang kita sendiri terlupa bahawa bayi juga perlukan pasport untuk melancong ke luar negeri. Tidak kira berapa pun umur kita, pasport merupakan dokumen penting yang perlu dibawa untuk masuk ke negara orang. Entri kali ini, LIBUR beri tip bagaimana mahu membuat pasport pertama kali untuk anak kecil.
Jika dahulu, kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah tidak perlu pasport dan hanya menumpang pasport ibu, tetapi sekarang bayi perlu ada pasport dan gambar sendiri. Bayi yang berusia 2 minggu ke atas perlu bergambar dengan memandang kamera dan membuka mata manakala bayi berusia bawah 2 minggu tidak perlu.
Mengambil gambar bayi mungkin sedikit mencabar. Kebiasaannya, pekerja memang sudah pakar dalam 'melayan' dan membuat bayi melihat tepat ke arah kamera.
Sebelum anda mula membuat pasport anak, anda perlukan dua keping gambar dan salinan surat beranak anak. Salinan sebenar juga perlu dibawa. Jika mahu buat pasport untuk anak-anak, pastikan bawa mereka semuanya.
Pastikan anda pakaikan anak anda warna pakaian yang kontra dengan latar belakang gambar pasport yang berwarna putih. Pendek kata, bagi anak anda pakaian berwarna gelap.
Sedikit info buat anda, pasport kanak-kanak untuk tempoh 2 tahun adalah RM80, untuk tempoh 5 tahun pula adalah RM150.
Diharap percutian bersama si kecil berjalan dengan lancar dan tidak mendatangkan masalah kerana kebiasaannya, ramai ibu bapa keliru sama ada anak kecil perlu pasport atau sebaliknya dan apa yang perlu dilakukan. Jelas sekali, pasport itu perlu kerana mengandungi biodata penting.
BONUS LIBUR!
Sebelum anda berangkat, pastikan anda membawa peti ubat, nombor pihak hospital berdekaran dan barang keperluan bayi yang lain untuk mengelak masalah lain pula berlaku. Pastikan juga destinasi yang dipilih adalah selamat dari sebarang masalah penyakit berjangkit.
|
Pages
▼
No comments:
Post a Comment