Pages

26 August 2014

Kenali Destinasi Eksotik Guilin

ARTIKEL ASAL DARI LAMAN SESAWANG LIBUR.


Saksikan aksi nelayan tradisi yang sudah wujud di sini sejak beribu tahun dahulu, meneruskan kelangsungan hidup dengan cara yang cukup sederhana, seolah-olah kehidupan mereka di sini tidak dijamah peredaran masa.

FOKUS: Aksi Nelayan Guilin
Setelah menempuh penerbangan selama empat jam dengan AirAsia, kami selamat mendarat dan terus menuju ke lembah pergunungan padi Longji yang mengambil masa perjalanan selama tiga jam dengan menaiki bas. Lembah pergunungan padi ini dinamakan “Longji” kerana apabila sawah penuh dengan air pada musim panas, ia dikatakan menyerupai skala pada badan naga.

AGENDA: Mabul Untuk Kaki Selam
Seperti yang semua maklum, kehidupan masyarakat Bajau Laut ini agak menarik. Mereka hanya tinggal di sebuah sampan yang beroleng olengan di atas air. Jarang sekali ada di antara mereka yang bermastautin di daratan. Mengikut cerita, mereka hanya ke daratan untuk membeli
barangan keperluan atau pun menjual hasil tangkapan laut. Itu pun mereka tidak boleh lama di daratan, akan terasa pening pula.

LOKASI PENGINAPAN: Pulau Springs Resort, Inapan Semula Jadi
Keindahan dan ketenangan yang diperolehi tatkala masuk ke Pulai Springs Resort sangat menyenangkan hati. Dengan bangunan yang tersergam indah dihiasi beberapa landskap menarik, resort ini berjaya menepati cita rasa pengunjung yang inginkan kedamaian dan jauh dari hiruk-pikuk kota.

PENGINAPAN PILIHAN: Hyatt Regency Kuantan, Sehalus Butiran Pasir Maldives
Umpama dua dunia bersatu, kehijauan flora dan fauna dengan liuk lentuk pepohon kelapa ditiup angin laut, pemandangan indah pantai disertai kicauan burung saujana mata memandang, begitu menambat hati penulis.

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah Libur edisi September 2014 ini adalah 5 Lokasi Terindah Menatap Matahari Terbenam,  Tamu Kota Belud, Roti Kahwin Fook Yuen, Berjalan Dalam Air Di Pulau Sapi dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment