Pages

9 July 2014

Kenapa Perlu Melancong ke Turki bersama POTO

Pernah melancong ke Turki bersama POTO? Kenapa perlu melancong bersama kami? Secara jujurnya, kami bukanlah diantara travel agency yang “murah” dari segi kosnya.  Kerana kami selesa memegang konsep “never hide anything”.  Semua harga kami memang sudah termasuk tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, hotel, tiping, makan dan minum sepanjang lawatan bagi pakej fullboard, serta tiket lawatan seperti yang tertera di dalam maklumat perjalanan. 

Dalam kata erti yang lain, apabila melancong dengan kami, anda tidak perlu risau lagi jika perlu  mengeluarkan wang tambahan, hanya perlu menyediakan wang untuk berbelanja sahaja.  Iya, harga pakej kami ini diaplikasikan ke dalam semua destinasi-destinasi yang kami tawarkan untuk anda! Hanya insurans sahaja kami tidak masukkan ke dalam pakej dan ia perlu dibayar asing oleh pelanggan.

Hotel yang kami sediakan untuk pakej Turki adalah bertaraf 4 bintang yang terpilih di mana kebanyakkan darinya adalah menggunakan international standard. Kami juga menitik beratkan lokasi hotel agar ianya strategik dan berdekatan dengan bandar, seperti hotel yang berdekatan dengan Taksim Square apabila bemalam di Instanbul selama 2 malam. Ia merupakan pusat bandar Instanbul yang berdekatan dengan bazaar serta beberapa kawasan yang menarik untuk dilawati. Jarak hotel dengan bandar ini lebih kurang 5 hingga 10 minit dengan berjalan kaki, maka para pelanggan mempunyai pilihan untuk singgah di sana sesudahnya selesai lawatan yang terdapat di dalam pakej pada hari tersebut.

Selain itu, bas yang digunakan adalah yang terbaik di mana usia bas itu tidak melebihi dua tahun. Apa yang menariknya, bas ini dilengkapi dengan perhidmatan wifi bagi memudahkan pelanggan kami sentiasa dapat menghubungi keluarga tersayang sepanjang masa tidak kira di mana jua berada. 

Sepanjang lawatan, para pelanggan akan dijaga dan dihiburkan oleh Tour Leader dan pemandu pelancong yang bertaraf professional. Setiap Tour Leader yang diamanahkan oleh syarikat wajib mengikuti kursus yang dikendalikan manakala pemandu pelancong atau Tour Guide pula perlu ada lesen yang telah disahkan dan diiktiraf. Tour leader ini dihantar adalah untuk menjaga kebajikan  pelanggan serta memberikan layanan servis yang terbaik. Oleh kerana itu setiap akhir lawatan, pelanggan akan diberikan borang penilaian untuk menilai sendiri di mana tahap Tour Leader dan Tour Guide agar kami akan dapat terus meningkatkan mutu perkhidmatan  untuk menjadi yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Di Turki, pelanggan berpeluang untuk menikmati hidangan makanan ala india yang istimewa di mana kami percaya tidak ada agensi yang lain yang pernah melakukannya.  Selain itu, terdapat pilihan lawatan tambahan untuk menaiki Belon udara panas yang terkenal di sana sambil menyaksikan panorama indah yang terdapat di Cappadocia. Jujurnya, ianya berlainan dengan mana-mana belon udara panas  yang terdapat di dunia. Bagi yang pertama kali berkunjung ke Turki, jangan lepaskan peluang dan anda boleh tentukan sendiri betapa indahnya dapat menyelami kecantikan ciptaan yang maha Esa.

Inilah restoran ala india di Instanbul







Bukan itu sahaja, tidak ketinggalan pilihan lawatan tambahan yang lain untuk menaiki Bosphorus Cruise sambil menikmati minuman jus di sana. Cruise ini sangat terkenal dengan pemandangan dua benua, di mana pelanggan berpeluang untuk menyaksikan pemandangan indah Asia dan Eropah di sana.

Jambatan Bosphorus  yang dilihat dari atas






Jadi, tunggu apa lagi? Tempahlah pakej dengan kami sekarang sebelum terlambat! Insha Allah, kami akan berikan yang terbaik kepada pelanggan yang kami kasihi. Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi bahagian khidmat pelanggan di o3-9200 6640 atau layari laman sesawang rasmi POTO Travel di www.pototravel.com.my

No comments:

Post a Comment