Pages

21 July 2014

Kenapa perlu melancong ke Beijing dengan POTO Travel?

Beijing, sememangnya merupakan destinasi pilihan kebanyakan warga malaysia untuk melancong. Harga yang berpatutan serta jangka masa lawatan yang lama, sehingga seminggu. Oleh kerana itu, banyak agensi pelancongan yang akan berlumba-lumba untuk menawarkan harga runtuh kepada pelanggan.

Bagi POTO Travel,  sememangnya kami menawarkan harga terbaik untuk semua pelanggan kami, di mana kami sangat mengutamakan kualiti dan servis. Antaranya ialah kami menitik beratkan mengenai makanan halal di restoran. Oleh itu, kami sendiri akan menghantar beberapa  staff untuk pergi ke Beijing dan meniliti restoran manakah yang terbaik untuk dicadangkan agar halal itu sentiasa terjamin. Selain itu, berpeluang untuk melawat serta solat di masjid-masjid yang ada, antaranya ialah Masjid Niujie dan Masjid Man Dian yang popular di Beijing.

Restoran Western Mahua
Restoran Jinchengwan

Masjid Man Dian

Masjid Niu Jie
Apa yang menariknya, kami menggunakan perkhidmatan Tour Guide yang fasih berbahasa melayu daripada yang berbahasa inggeris kerana ianya lebih mesra dan secara tidak langsung lebih cepat merapatkan hubungan antara satu sama lain. Tour leader yang diamanahkan oleh syarikat juga adalah yang terlatih di mana mereka perlu untuk menjalani kursus terlebih dahulu dan LULUS ujian yang diberikan.

Sudah menjadi polisi kerajaan di China untuk mewajibkan mana-mana pelancong asing untuk melawat “government shop”. Sepatutnya, 8 tempat yang wajib untuk pergi, tetapi kami dapat mengurangkannya kepada 6 tempat sahaja.

Jade Shop
Beijing ini juga sememangnya terkenal sebagai lokasi untuk membeli-belah. Kebanyakan mereka yang singgah di sini adalah kerana shopping selain melawat tempat-tempat bersejarah. Tidak perlu khuatir, kerana customer kami sentiasa diberikan masa yang cukup untuk membeli-belah.


Jadi, tunggu apa lagi? Jom tempah pakej dengan kami sekarang! Harga hanya RM 1,999 selama 7 hari 6 malam! Untuk info lanjut boleh layari laman sesawang rasmi POTO Travel di www.pototravel.com.my atau terus hubungi kami di talian 02-9200 6640.

No comments:

Post a Comment