Pages

2 May 2014

Mengembara ke South Island, New Zealand! (Bahagian Kedua)

Sepanjang lawatan dari Christchurch ke Queenstown, saya terlihat banyak kenderaan jenis karavan yang lalu-lalang di sini. Sudah menjadi kebiasaan dan trend, kenderaan ini memang banyak kelihatan di atas jalan raya kerana ia memudahkan  setiap lawatan dan tidak perlu memeningkan kepala di mana untuk menginap, memasak, mandi dan lain-lain lagi! Seronok pula tengok, teringin mencubanya. Tidak ketinggalan, kami juga menemukan kambing biri-biri yang luar biasa. Mana tidaknya, kambing di sini smua gebu-gebu belaka! Queenstown ialah sebuah bandar peranginan yang terletak di barat daya Pulau Selatan. Bandar yang paling hampir dengan Queenstown ialah Dunedin dan Invercargill. Bandar Queenstown ini telah diasaskan oleh William Gilbert Rees. Beliau tiba di sini pada tahun 1861 bersama isterinya dan mereka tekah membina sebuah rumah di tepi tasik.

Queenstown ini memang terkenal dengan aktiviti lasak. Sebutlah apa sahaja, seperti lompatan bungee, bot laju, aktiviti ski, memandu bot, berkayak, terjun lelabah, memanjat gunung, penjelajahan hutan dan memancing, semuanya boleh dilakukan di situ. Bagi penggemar aktiviti lasak yang tegar, sudah sememangnya tempat ini paling tepat untuk dikunjungi!

Dikelilingi empat banjaran gunung ski, Cardrona Alpine Resort, Coronet Peak, The Remarkables dan Treble Cone serta tasik-tasik membiru seperti Lake Wakatipu yang dikelilingi bukit-bukau yang indah sememangnya cukup mempesonakan. Ia sangat luas dan cantik! Jalan raya ke bandar itu juga di lereng gunung dan memerlukan tumpuan dan kecekapan pemandu. Perlu berhati-hati bagi yang memandu lagi-lagi ketika musim sejuk, kerana jalan raya akan menjadi licin dan boleh membahayakan keselamatan. Kami tiba di sini setelah lebih kurang 8 jam berada di dalam perjalanan. Fuh, sungguh meletihkan, namun apabila melihat keindahan Tasik Wakatipu, keletihan terus hilang dibawa arus angin dan ombak. Cewah!





Selain itu, Queenstown ini meriah dengan pelbagai kedai butik dan cenderamata. Jangan lepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel, iaitu Skyline Gondola ke puncak di salah satu gunung di sini untuk menghayati serta menikmati keindahan lembah-lembah New Zealand. Memang menyeronokkan! Kami sempat berjalan-jalan di sekitar bandar untuk membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang ke tanah air nanti. Kami memilih DF Souvenir kerana di sini harganya lebih berpatutan jika dibandingkan dengan kedai lain.




DF Souvenir
Tidak mahu melengahkan masa, perjalanan diteruskan pula ke Arrowtown. Terletak kira-kira 22km dari Queenstown atau dalam 20 minit, Arrowtown merupakan sangat unik kerana pekannya seperti pekan koboi ala-ala zaman era 60-70 an. Terdapat lebih kurang 70 buah bangunan bersejarah di situ. Terasa seperti masa berputar ke zaman hitam putih, sungguh nostalgia ketika tiba di bandar ini. Apa lagi, saya terus mengeluarkan kamera di dalam beg dan laju menekan punatnya untuk menangkap memori di sini. Sambil berjalan sambil melihat kedai-kedai untuk membeli lagi cenderamata untuk yang berada nun jauh di sana. Di sini juga boleh menemukan kedai manisan yang terkenal dengan pelbagai jenis manisan serta gula-gula. Kanak-kanak pasti suka! Apa yang membuatkan kota Arrowtown ini dikenali dunia ialah kerana kecantikan dedaun yang terdapat pada pokok-pokok ketika musim luruh. Tatkala angin menghembus ke wajah kami, terasa sangat nyaman sambil ditemani ribuan helaian daun.





Kami menyusuri Arrowtown Chinese Village, iaitu sebuah pekampungan pelombong emas dari Cina yang telah diduduki pada tahun 1865. Ianya terletak di hujung jalan Buckingham, Arrowtown, yang berdekatan dengan Bush Creek Reserve. Menurut sejarah, orang cina bertungkus-lumus untuk mencari dan menggali emas walaupun warga tempatan New Zealand berkata emas telahpun habis. Entah bagaimana, mereka berjaya menemui saki-baki emas akhirnya. Kami menemui papan tanda Chinese Settlers dan tempat tinggal mereka. Terdapat sebuah rumah dan sebuah kedai seorang pelombong emas yang bernama Ah Lum. Binaanya masih kekal dan utuh sehingga sekarang selepas penambah baikan pada tahun 1986. Beliau menjual the cina, beras, jeruk limau, halia dan juga menjadi bank tidak rasmi untuk bandar Arrowtown. Dikatakan Ah Lum menetap di sini sehingga kematiannya pada tahun 1925. Banyak binaan yang kami temui dan pelajari, sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu di dada.

Antara pondok/rumah kecil di Arrowtown Chinese Village


Rumah peninggalan Ah Lum
Tempat Ah Lum melepaskan hajat
Walaupun percutian kami ini berlangsung selama 10 hari, namun terasa sangat sekejap. Sedih hendak meninggalkan bumi Kiwi ini. Terlalu banyak kenangan manis sepanjang berada di sini. Memang disyorkan untuk ke sini bagi sesiapa yang sedang atau tengah fikir tentang percutian yang menarik. POTO Travel ada menawarkan pakej ke Pulau Utara dan Pulau Selatan New Zealand! Harga yang sangat berpatutan dari RM 10,999 sahaja! Diskaun diberikan kepada warga emas dan juga kanak-kanak. Keistimewaan pakej ialah Full Board, aturcara lawatan menarik, penjagaan waktu solat, makanan halal, dan lain-lain lagi. Hubungi kami di talian 03-9200 6640 atau layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my. Jom ikut kami melancong!

No comments:

Post a Comment