Pages

11 March 2014

10 Fakta Menarik Tentang Dome of Rock di Baitulmuqaddis.

Dome of Rock di Baitulmuqaddis

10 Fakta Menarik Tentang Dome of Rock di Baitulmuqaddis.

1. The Dome of the Rock dibina di atas tempat di mana, menurut kepercayaan umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga pada malam Isra’ Miraj.




2. The Dome of the Rock dibina di atas tempat di mana, menurut orang-orang Yahudi, Nabi Ibrahim menawarkan anaknya, Nabi Ishak sebagai korban.

3. The Dome of Rock bukanlah sebuah masjid. Ianya adalah sebuah bangunan peringatan untuk tapak lokasi peristiwa malam Isra’ Miraj.

Bahagian dalam The Dome of Rock
4. The Dome of Rock seringkali disalahertikan sebagai Masjid Omar yang merupakan tempat Umar bin Al-Khattab bersolat ketika tiba di Baitulmuqaddis.

5. The Dome of the Rock berbentuk segi lapan (oktagon).


6. The Dome of the Rock ialah struktur bangunan tertua Islam yang masih ada sehingga ke hari ini.

7. The Dome of Rock dibangun antara tahun 687 hingga tahun 691 oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan, khalifah Ummaiyyah. Sejarah bangunan ini telah melewati berbagai zaman, iaitu zaman Islam, zaman Perang Salib, zaman Mandat Britania dan zaman pendudukan Israel.

8. The Dome of the Rock telah memberi inspirasi kepada seni bina beberapa bangunan. Ini termasuk Gereja Oktagon St Giacomo di Itali, Makam Sultan Suleiman di Istanbul, dan sebuah rumah ibadat di Budapest.

The Dome of Rock pada kurun ke 19
9. Jerusalem direbut oleh Salahuddin al-Malik al-Mu'azzam Isa  pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187 dan Al Haram Al Sharif dijadikan tempat ibadah Muslim. Salib di atas kubah The Dome of Rock diganti menjadi bulan sabit emas. Anak saudara Salahuddin (615-24/1218-27) melakukan restorasi lain di Al Haram Al Sharif dan menambah serambi muka pada masjid Al-Aqsa.

10. The Dome of Rock mengalami kerosakan akibat kejadian gempa bumi di Palestin pada hari Isnin, 11 Julai 1927. Banyak usaha perbaikan telah dilakukan.

No comments:

Post a Comment