Pages

20 March 2014

10 Fakta Menarik Mengenai Uzbekistan

Bukhara, Uzbekistan
10 Fakta Menarik Mengenai Uzbekistan

1. Uzbekistan mempunyai rizab minyak dan gas yang sangat besar. Ianya juga adalah salah satu daripada sepuluh pengeluar emas dan lima pengeluar kapas terbesar di dunia.

Sebuah ladang kapas di Uzbekistan
2. Ia diisytiharkan merdeka daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

3. Tashkent adalah ibu negara dan hab komersial Uzbekistan. Ianya juga berfungsi sebagai persimpangan pengangkutan utama untuk negara. Tashkent mempunyai banyak tempat tarikan pelancongan.

Bandar Tashkent, ibu negara Uzbekistan.
4. Hanya kira-kira 10% daripada kawasan tanah di Uzbekistan digunakan untuk penanaman. Ini kerana topografi di sana dikuasai oleh gunung-ganang dan padang pasir yang luas. Ini termasuk salah satu padang pasir terbesar di seluruh dunia, Kyzylkum.

Gunung-ganang yang mencorakkan pemandangan indah di Uzbekistan.
5. Kadar kesuburan di Uzbekistan adalah 2 kanak-kanak dilahirkan secara purata bagi setiap seorang wanita.

6. Majoriti rakyat di Uzbekistan adalah orang Islam (terutamanya Sunni), diikuti oleh ateis dan Kristian.

Wajah-wajah orang Uzbekistan.
7. Al-Khawarizmi, yang memperkenalkan penggunaan nombor Bahasa Arab dan mengasaskan algebra, dilahirkan di Uzbekistan.

Al-Khawarizmi
8. Tekstil, pemprosesan makanan, pembuatan mesin, metalurgi dan gas asli adalah industri utama Uzbekistan.

Antara tekstil tenunan tangan yang dijual di Uzbekistan.
9. Orang Uzbek percaya bahawa perbuatan menerbalikkan roti akan membawa nasib yang tidak baik.

10. Adalah menjadi tradisi masyarakat Uzbekistan bahawa tetamu yang paling dihormati duduk paling jauh dari pintu masuk rumah.

No comments:

Post a Comment