Pages

15 January 2014

Fakta-fakta Menarik Tentang Bali

 
Bali adalah sebuah daerah di negara Indonesia yang meliputi beberapa pulau kecil. Dikenali sebagai Pulau Dewata oleh penduduk tempatan kerana terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok, Bali adalah salah satu daripada 34 wilayah di Indonesia. Bali juga dikenali sebagai ‘Syurga Dunia’ oleh pelancong asing dan menjadi pusat destinasi pelancong, khususnya bagi pengunjung antarabangsa. Terdapat banyak tempat menarik serta indah di pulau ini seperti Gunung Berapi Kintamani, Pantai Kuta, Danau Batur, Goa Gajah, Tampak siring, Bedugul dan Tanah Lot. 
 
Pulau Bali sangat sesuai pada mereka yang inginkan suasana romantik dan mejadi tarikan pelancong untuk berbulan madu di sini. Pantainya yang indah dan cantik menjadikan ia sesuai untuk aktiviti pantai. Terdapat juga restoran khas yang menyajikan makanan halal bagi pelancong muslim. Di sini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai fakta yang menarik di Bali.
 
Beberapa fakta menarik Tentang Bali :
 
1) Oleh kerana majoriti penduduk Bali ialah beragama Hindu, maka jika ingin ke sini dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pemandu yang beragama Islam. Mereka ini lebih arif mengenai bab makanan yang halal dan lokasi masjid yang sangat terhad di sini.

2) Penduduk Bali yang  beragama Hindu juga amat kuat memegang adat resam agama nenek moyang mereka. Dikatakan mereka sanggup tidak keluar untuk merantau kerana diwajibkan menjaga tempat sembahyang generasi, turun temurun bagi ahli keluarga anak lelaki yang bongsu.

3) Bagi golongan kaya-raya, kawasan sembahyang (kuil) mereka haruslah sama besar dengan keluasan kediaman.
 
4) Kasta masih diamalkan di sini.

5) Jika kita amati, tiada fly over atau jejantas yang dapat ditemukan kerana akan mencemarkan upacara yang dijalankan secara berjalan beramai-ramai di jalan raya jika kenderaan melalui dan melintasi di atas kepala.

6) Ubud merupakan lombong kreatif masyarakat Bali di mana boleh menemukan segala- galanya yang ada di sini.
 
7) Pasar di sekitar Legian dan Kuta merupakan syurga membeli-belah di mana anda boleh membuat tawar-menawar barangannya  sehingga 50% ke 70%.

8) Krisna pula merupakan tempat membeli-belah yang wajib dilawati kerana walaupun harganya tetap dan tidak boleh ditawar, namun masih murah!

9) Masyarakat Bali ada menyambut  Hari Raya Nyepi. Pada hari itu,  semua tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam, yang berakhir jam 6 pagi.Lampu juga tidak boleh dipasang kecuali jika ibu yang menyusukan bayi. Jalan menjadi lengang serta airport ditutup. Denda akan dikenakan kepada sesiapa yang keluar.

No comments:

Post a Comment