Pages

17 December 2013

Tempat Rehat Yang Indah dan Unik Di Atas Awan!

Alangkah seronoknya jika dapat mencari tempat yang dapat merehatkan minda serta menenangkan fikiran dari diasak dengan timbunan kerja yang menyesakkan! Sesetengah memilih tasik sebagai untuk berehat di mana sambil melihat keindahan semula jadi, dapat menghirup udara yang segar. Ada juga yang suka ke desa, sekurang-kurangnya dapat menyembunyikan diri dari kebisingan dan kesibukan bandar kota. Dan ada juga yang hanya suka duduk di rumah sambil membaca buku atau menonton televisyen. 

Tetapi, bagaimana pula rasanya jika kita berpeluang untuk merehatkan diri di atas awan yang bukan dengan menaiki kapal terbang? Untuk makluman semua, memang terdapat sebuah kawasan di mana para pengunjung boleh menyaksikan serta merasai sendiri awan yang tepat-tepat berada sama paras dengan kawasan tersebut.  Jom kita lihat!



Tempat ini ialah The Unkai terrace of Tamamu yang terletak di Tomamu Resort, berdekatan Pulau Hokkaido, Jepun. Kawasan ini menyajikan permandangan yang indah dengan pemandangan lautan awan putih di bawah anda yang terletak tinggi di atas puncak gunung yang lebih tinggi dari awan! Sememangnya unik kerana terasa seperti tinggal di rumah awan.


Untuk menyaksikan permandangan matahari terbit, para pelancong perlu bergerak pada awal pagi untuk menuju ke Unkai Terrace, yang terletak betul-betul di atas lautan awan. Di situ bolehlah  mengambil gambar-gambar puncak gunung Hidaka dan Tokachi sewaktu pancaran cahaya matahari menembusi kabus tebal sambil menikmati makanan atau minuman yang segar. Tambang gondola untuk ke puncak gunung adalah sekitar  US$ 20 yang tidak dinafikan memang agak mahal. Mungkin kerana tempat ini sangat jarang ada , jadi berbaloi juga mengeluarkan perbelanjaan untuk ke sana.




Dikatakan fenomena “Unkai” (lautan awan) ini telah menarik perhatian ramai pelancong ke bandar peranginan di Tomamu bertahun-tahun lamanya. Mata air panas semula jadi di kawasan itu mempunyai perbezaan suhu yang boleh berubah-ubah dalam tempoh beberapa jam dari malam hingga ke siang telah menjadi faktor penentuan dalam pembentukan awan putih tebal di kawasan pergunungan itu.

Unkai Terrace dibuka kepada pelancong pada setiap musim panas sehingga akhir bulan September, di mana lautan awan boleh diperhatikan sebanyak kira-kira 40 peratus dan gondola ini  akan mula bergerak mebawa pengunjung dari  pukul 4.00 pagi sehingga 8:30 pagi sahaja.



Best kan? Bolehlah bawa keluarga tersayang, suami/isteri tercinta atau rakan-rakan ke sini! :)


1 comment:

  1. Best view for sure

    http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html

    ReplyDelete