Pages

4 December 2013

Seketika di Jakarta dan Bandung (Part 2)

Sambungan dari part 1...

Tanah Abang

Kami ke Jakarta semula selepas meluangkan masa selama satu hari di Bandung. Jika Pasar Baru menjadi tarikan pelancong yang terbesar di Bandung, di Jakarta pula apa kurangnya. Memang banyak tempat membeli-belah di Jakarta seperti Mangga Dua, Cempaka Emas, Jati Negara, tanah Abang dan lain-lain lagi. Namun, yang paling menarik hati lagi-lagi buat kepada sesiapa yang ingin berniaga secara kecil-kecilan, bagi saya Tanah abang ialah tempat yang paling sesuai sekali untuk memborong!


Dikatakan bahawa Tanah Abang ini mempunyai 40,000 orang peniaga yang terdiri daripada kira-kira 10,000 peniaga orang berbangsa Cina Indonesia dan bakinya ialah berbangsa pribumi Indonesia. Namun majoriti mereka adalah ‘orang Padang’ yang merupakan suku kaum dari Sumatera dalam bangsa pribumi ini. Walaupun mereka ini memang sangat mahir berniaga, tetapi masih takut untuk mengambil barangan dari Negara China .  Sebenarnya di Indonesia telahpun bermula dengan pengilang cina dalam bidang perniagaan dari barangan China. Mereka ini akan membuat barangan itu di sini untuk dibekalkan dan dijual kepada orang Padang.


Hanya dua tempat menjadi pilihan hati untuk bershopping sakan.  Jika di Bandung, Pasar Baru dan Tanah Abang jika di Jakarta. Orang selalu tertanya-tanya di antara dua tempat membeli-belah, yang manakah yang paling murah dan banyak pilihan. Ia sebenarnya terpulang kepada individu, kerana barangan yang dijual hampir sama. Ada di antara kami yang memborong pakaian atau barangan lain di Tanah Abang. Bagi saya, ia lebih mudah untuk memborong di Indonesia memandangkan budaya, bahasa dan selok-belok perniagaannya adalah lebih kurang sama di malaysia. 

Kompleks Tanah Abang
Baju wanita
Barangan beg berjenama
Gerai tepi jalan Tanah Abang
Salah satu kedai di blok A Tanah Abang
Tugu Monas

Jika Menara Berkembar Petronas menjadi mercu tanda Malaysia, Tugu Monas pula menjadi mercu tanda kebanggan bagi Jakarta. Mempunyai ketinggian sebanyak 132 meter, para pengunjung asing akan dibawa ke sini sebagai destinasi lawatan utama apabila berada di Jakarta. Saya pun belum berpeluang ke sini semasa pergi trip secara berseorangan. Dikatakan bahawa Monumen Peringatan ini didirikan sebagai mengenang perjuangan rakyat Indonesia memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari Kolonial Belanda. Apabila saya menaiki Monas, saya dapat saksikan permandangan Kota Raya Jakarta. Menakjubkan! Pastikan datang ke sini awal kerana anda mungkin akan terpaksa menunggu dengan lama kerana ramai pengunjung yang berbaris menunggu giliran di sini. Nasib baik ketika ini orang tidak berapa ramai dan kami tidak usah ternanti-nanti untuk menaikinya.

Tugu Monas
Tugu Monas pada waktu malam

Masjid Istiqlal

Sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain, kami semua singgah di Masjid Istiqlal untuk menunaikan solat Jamak dan Qasar.  Dikatakan ia merupakan masjid yang terbesar di Jakarta yang terletak bersebelahan dengan Tugu Monas. Masjid ini menjadi kebanggaan umat Islam di Indonesia serta boleh menampung jemaah lelaki dan wanita sebanyak 100,000 orang dalam satu masa. Masjid ini diberikan nama “Istiqlal” atau di dalam bahasa arab yang membawa maksud kemerdekaan kerana menurut sejarah, ianya dibina sempena kemerdekaan Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Sukarno.  


Sambil bersolat sempat saya menikmati keindahan masjid ini. Saya berterima kasih kepada agensi kerana memasukkan kunjungan ke Masjid ini dalam aturcara program lawatan ke sini. Sambil bersolat, sambil itu boleh menikmati keindahan yang terdapat di masjid ini.

Keindahan masjid Istiqlal
Jemaah di dalam masjid Istiqlal



ITC Mangga Dua

Lawatan hari akhir sebelum pulang ialah berkunjung ke ITC Mangga Dua pada sebelah pagi. Ia agak dekat jika berjalan dari hotel yang berdekatan di situ. Apa sahaja barangan juga boleh dicari di Mangga Dua. Oleh kerana duit telah habis di Pasar baru dan Tanah Abang, maka saya hanya cuci mata melihat pakaian dan barangan di sini. Kompleks ini dibuka seawal jam 7 pagi dan biasanya akan ditutup lebih awal daripada biasa iaitu sebelum atau pada waktu maghrib. Ada juga yang telah tutup pada jam 5 petang. Pelik kerana di Malaysia selalunya ia ditutup paling kurang pun pada jam 10 malam. Di sini jika terlewat, kunjungan hanya sia-sia sahaja.

ITC Mangga Dua
Pemandangan di dalam ITC Mangga Dua
Banyak pilihan untuk membeli kasut
Baju kanak-kanak juga boleh didapati di sini
Beg untuk kanak-kanak
Kasut kulit lelaki

Percutian ke sana memang sangat memenatkan tetapi berbaloi kerana puas dapat membeli-belah barang kesukaan. Kepada sesiapa yang kaki shopping atau ingin membuat perniagaan kecil-kecilan, tak rugi anda datang ke sini. Namun, lawatan ini bertambah menarik kerana juga diselitkan ke tempat-tempat bersejarah supaya kita didedahkan dengan lebih informasi  apabila berada di Negara orang.

Kepada sesiapa yang berminat, jom pergi ke Jakarta dan Bandung  bersama POTO dengan hanya RM 1,399 sahaja. Diskaun akan diberikan kepada warga emas dan juga kanak-kanak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej ini, sila layari laman sesawang POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau hubungi kami di talian 03-9200 6640.

No comments:

Post a Comment