Pages

9 October 2013

[TIPS] 10 Tips Survival Untuk Penerbangan Yang Panjang

Melancong memang menyeronokkan, tetapi tidak ramai yang suka jangka masa penerbangan yang lama bukan? Begitu meletihkan!

Saya juga berasa begitu. Duduk terperuk di kerusi yang kecil selama lebih 12 jam memang melenguhkan. Selain daripada itu, akibat tekanan udara yang berlainan ketika berada di udara, membuatkan kaki berasa tidak selesa dan telinga terasa seperti tersumbat.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips mudah untuk membantu anda berasa lebih selesa ketika "tersekat" di dalam penerbangan yang panjang:

1) Pakai pakaian yang selesa.

Pakailah pakaian yang selesa pada hari anda perlu menaiki penerbangan. Tidak perlu untuk bergaya sakan.

Pastikan anda memakai pakaian yang diperbuat daripada kain kapas (cotton) kerana ianya selesa dan menyerap peluh. Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat dan kain yang keras seperti jeans. Anda semestinya tidak akan berasa selesa nanti di atas kapal terbang.

Pastikan juga kasut anda tidak terlalu ketat dan mempunyai tapak leper. Ini kerana, perbezaan tekanan udara semasa penerbangan akan membuatkan saiz kaki anda sedikit mengembang. Jadi hati-hati ketika ingin memilih kasut yang mana hendak dipakai.


2) Bawa snek

Walaupun kebanyakan penerbangan ada menyediakan makanan dan minuman, namun penghidangannya adalah berjadual.

Elakkan daripada "kebuluran" dengan membawa sedikit snek daripada rumah. Snek seperti kekacang, buahan kering dan energy bar memang sesuai untuk membasmi kelaparan ketika di dalam penerbangan.

Pastikan snek anda diletakkan rapi di dalam plastik ziplock untuk mengekalkan kesegaran makanan tersebut.



3) Bawa ubat yang berkenaan

Awas! Jangan jatuh sakit ketika berada di dalam penerbangan.

Bawa semua ubatan yang anda perlukan supaya anda tidak terlepas waktu memakan ubatan tersebut.

Walaupun setiap kapal terbang dilengkapi dengan first aid kit, namun ubatan yang spesifik sudah pastinya tidak ada di dalam kotak tersebut.

Jadi, jangan terlupa untuk bawa ubatan anda sendiri.


4) Hiburan & gajet

Untuk mengelakkan kebosanan dek "terperangkap" di dalam pesawat, habiskan masa anda dengan aktiviti seperti menonton filem, bermain game atau mendengar musik.

Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memastikan anda tidak kebosanan, tetapi ianya juga dapat membantu sesetengah orang yang mempunyai sindrom keresahan ketika berada di udara ataupun di dalam tempat kecil yang tertutup.

Pastikan jangan terlupa untuk mengcaj gajet-gajet anda supaya baterinya berada di paras maksimum sebelum menaiki pesawat.


5) Stay Fresh!

Penerbangan yang panjang akan membuatkan muka anda berminyak dan badan anda berbau lantas membuatkan anda berasa kurang selesa.

Bawa barangan penjagaan diri anda di dalam botol-botol bersaiz kecil. Ini dapat membantu anda untuk sentiasa berasa segar sepanjang penerbangan. Facial wipes, breath freshner dan deodorant wajib ada!


6) Bawa buku nota

Masa yang ada di dalam penerbangan boleh diluangkan dengan menulis nota-nota penting di dalam buku nota anda.

Sekiranya anda di dalam perjalanan untuk melancong, masa yang ada boleh diluangkan untuk mentelaah tempat-tempat yang bakal anda lawati setelah sampai ke destinasi.

Sekiranya anda terbang untuk tujuan kerja, boleh juga diluangkan masa untuk menyiapkan kerja-kerja yang masih belum selesai.


7) Dapatkan rehat yang secukupnya

Travelling ketika keletihan teramat perlu dielakkan. Badan yang letih akan membuatkan minda anda hilang fokus, maka berlakulah kejadian-kejadian seperti keciciran passport, tertinggal kapal terbang, mood yang tidak baik dan sebagainya.

Pastikan anda mendapat waktu rehat yang secukupnya pada hari sebelum anda menaiki kapal terbang.


8) Berbual!

Masa di dalam kapal terbang adalah masa yang amat sesuai untuk anda berbual dengan ahli keluarga, rakan-rakan ataupun sesiapa sahaja yang duduk di sebelah anda.

Berbual akan mengelakkan diri anda daripada berasa bosan. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim!


9) Check-in awal

A good journey begins with a good start! Kalau dari mula sudah kelam kabut, maka keseluruhan perjalanan akan menjadi tidak menentu.

Pastikan anda tiba awal di lapangan terbang dan check-in bagasi anda pada waktu yang telah disarankan (2 jam sebelum pelepasan).

Be on time!



10) Upgrade tiket anda!

Kepada mereka yang ada ongkos lebih, meng-upgrade tiket anda daripada kelas ekonomi kepada kelas pertama akan memastikan keselesaan yang lebih dengan servis yang lebih bagus.

Bagi penerbangan jarak jauh, membeli tiket kelas pertama sebenarnya agak berbaloi. Sesekali mahu merasa menaiki kelas pertama, apa salahnya, tak begitu? :-)



No comments:

Post a Comment