Pages

22 August 2013

Saigon: Destinasi bersejarah dan membeli-belah yang semakin menyinar


This video may not reflect the actual itinerary of the trip organized by POTO Travel & Tours.

Setelah tamat peperangan pada 1975 yang melarat selama hampir 20 tahun, rakyat Vietnam bangkit bersatu untuk membina penghidupan yang baru. Negara Indochina ini yang pada asalnya penumpukan fokus ekonomi kepada bidang pertanian, kini semakin terkenal sebagai destinasi pelancongan yang utama di Asia Tenggara. Pada tahun 2012, lebih daripada 6 juta pelancong dari serata dunia datang melawat Vietnam, terutamanya ke Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh.  

Bandar Ho Chi Minh, yang juga pernah dikenali sebagai Saigon, semakin mendapat tempat di hati pelancong dari Malaysia, dan juga dari seluruh pelusuk dunia.  Kota terbesar di Vietnam ini mempunyai penduduk seramai lebih 9 juta orang, menjadikannya kota bertaraf metropolitan. Bandar Ho Chi Minh bukan sahaja bertindak sebagai hab pelancongan dan sejarah di Vietnam, malahan juga menjadi pusat perkembangan sains, teknologi dan industri negara tersebut.

Perkara yang paling istimewa dan ikonik di Bandar Ho Chi Minh ialah jumlah penunggang motosikal yang “berkeliaran” di sekitar kota tersebut. Tidak hairanlah tempat ini juga disebut-sebut sebagai ‘Bandar Motosikal’. Permandangan motosikal-motosikal yang bergerak bertali-arus menusuri jalanraya yang bersimpang-siur di sana sememangnya menarik dan juga sedikit menakutkan. Biarpun sesetengah persimpangan jalan tidak mempunyai lampu isyarat, tetapi kemalangan amat jarang berlaku. Mungkin penunggang-penunggang motosikal di sana sudah mahir dengan keadaan seperti itu lalu sentiasa lebih berhati-hati.

Ben Thanh Market merupakan salah satu tujuan utama para pelancong apabila berada di sana. Terdapat bermacam-macam produk pakaian, kain sutera, beg, kasut, seni kraftangan, lukisan dan makanan segar dijual di pasar ini. Oleh kerana sudah acap kali menerima kunjungan daripada pelancong Malaysia, penjaja di Ben Thanh Market yang rata-ratanya kaum wanita boleh berbahasa melayu yang ringkas.  Berbelanja di sana memang seronok kerana segalanya dijual pada harga yang sangat murah, dan harga barangan boleh ditawar-menawar.

Terowong Cu Chi, yang terletak kira-kira 70km dari pusat bandar, adalah satu lagi destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi di Saigon. Ianya merupakan terowong bawah tanah yang panjangnya mencecah 200km. Terowong ini dibina oleh pasukan pengganas komunis sebagai tempat perlindungan dan tempat menerima maklumat risikan ketika zaman perang dahulu. Pelawat diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam terowong gelap dan sempit ini dengan merangkak untuk masuk ke dalamnya. Pelawat juga dapat melihat gambaran sebenar bagaimana penduduk vietnam pada beberapa dekat yang lalu hidup di dalam situasi yang sengsara dan menakutkan.

Berjalan di sekitar bandar Ho Chi Minh, terasa seakan seperti berada di negara Perancis. Ini kerana terdapat banyak bangunan bersejarah yang dibina di sana dengan rekabentuk klasik barat serta unsur-unsur Gothic. Bangunan-bangunan seperti Notre Dame Cathedral dan Pejabat Pos Besar Saigon merupakan tempat yang sesuai untuk bergambar. War Remnants Museum Saigon juga cukup menarik, di mana pengunjung boleh melihat sendiri pameran-pameran alat peperangan, jenis peluru dan meriam yang pernah digunakan ketika zaman perang di Vietnam.

My Tho, daerah kecil yang terletak kira-kira 85km dari Saigon, amat terkenal dek 4 pulau “adik-beradik” yang ada di situ; Pulau Dragon, Pulau Tortoise, Pulau Phoenix and Pulau Unicorn yang terletak di sepanjang sungai Mekong. Di sana, pengunjung dibawa menaiki bot di Sungai Tien iaitu pecahan kecil dari Sungai Mekong, untuk melawat ke Thoi Son Islet, sebuah tempat perusahaan kraftangan kampung. Di sana, pengunjung boleh mempelajari cara menbuat kraftangan daripada daun pokok kelapa, melawat ladang buah-buahan, menikmati persembahan seni dan muzik tempatan.

Kunjungan ke Saigon tidak akan lengkap sekiranya tidak melawat ke tempat-tempat membeli-belah yang lain. Vi Anh Boutique merupakan kedai yang sangat popular di kalangan pelancong Malaysia, Indonesia, Singsapura dan Brunei. Butik ini menjual pelbagai busana muslimah seperti tudung dan jubah pada harga yang amat berpatutan. Lacquerware Factory juga menarik kerana pelbagai produk hasil kerja tangan masyarakat tempatan ada dijual di situ. Terdapat barangan seperti tembikar, lukisan, perabot, fabrik tradisional dan banyak lagi.

Dengan kerjasama dengan akhbar Sinar Harian, POTO Travel & Tours bakal menganjurkan satu lawatan istimewa ke Saigon selama 4 hari 3 malam pada 14 November sehingga 17 November 2013. Kesemua tempat-tempat pelancongan yang dinyatakan di atas akan dilawati dan diterokai.

Pakej lawatan yang berharga RM 1499 untuk setiap orang dewasa ini telah pun dilancarkan dan sedia menerima tempahan orang ramai. Setiap pendaftaran akan menerima sehelai t-shirt yang ditempah khas untuk acara ini. Harga diskaun istimewa akan diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak.

Kepada yang berminat, sila layari laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau telefon di 03-9200 6640 untuk keterangan lanjut.


Klik gambar untuk besarkan


Bandar Saigon
Ben Thanh Market
Cu Chi Tunnel
Cu Chi Tunnel
Lacquerware Factory 
Membeli-belah di Saigon
Menaiki bot di My Tho
Notre Dame Cathedral 
My Tho
My Tho
My Tho 
Vi Anh Boutique 
War Remnants Museum

No comments:

Post a Comment