Pages

19 July 2013

Nur Islam di Shanghai

Kalau ke Shanghai, umat Islam tidak perlulah berasa risau tentang solat dan hal makan minum. Tahukah anda terdapat lebih kurang 7 masjid di Shanghai dan berpuluh-puluh tempat makanan halal?

Kalau tidak silap pembacaan saya baru-baru ini, terdapat lebih kurang 70 ribu orang Muslim di Shanghai, dan mereka terdiri daripada 10 etnik minoriti masyarakat Cina di sana.

Sedikit mengenai sejarah Islam di Shanghai; Islam datang ke kota ini semasa Dinasti Yuan. Ketika itu, di sebuah mukim bernama Songjiang, terdapat banyak askar-askar dan keluarga mereka memeluk agama Islam. Lantas tidak lama selepas itu, komuniti muslim ini telah membina masjid pertama di Shanghai, dipanggil Masjid Songjiang (1341-1868). Selepas itu, kemurnian ajaran Islam mula berkembang pesat ke seluruh daerah Shanghai.

Sehingga ke hari ini, etnik minoriti Hui dan Uighur di Shanghai masih memegang kepada ajaran Islam sejak agama ini diperkenalkan kepada nenek moyang mereka beberapa dekat yang lalu.

Apabila singgah ke mana-mana restoran Muslim di Shanghai, pasti anda akan teruja apabila melihat menunya! Ada restoran di sana yang menyediakan makanan cara Cina menggunakan sumber makanan Halal, ada juga yang menyediakan makanan ala fusion tempatan dan Timur Tengah. Paling enak apabila menyantap kebab daging biri-biri beserta nasi basmati kuning. 2 pinggan pun boleh habis!

Tidak seperti bentuk masjid yang biasa kita lihat di Malaysia, masjid-masjid di Shanghai mempunyai pelbagai bentuk yang tidak konvensional. Ada sesetengah masjid di sana kelihatan tidak ubah seperti kuil cina, ada pula yang kelihatan seperti lot kedai biasa. Sangat menarik perhatian!

Beginilah kalau kita berjalan jauh, boleh meluaskan perspektif minda kita. Walaupun agamanya sama seperti kita, tetapi terdapat kelainan daripada segi cara mereka melakukan beberapa perkara. Sebagai contohnya, mendengar khutbah Jumaat dalam bahasa cina, pasti pelik bagi kita orang Malaysia bukan?

Berikut adalah beberapa gambar menarik berkenaan Islam di Shanghai:

Masjid Fuyou, Shanghai (Sumber : Flickr)
Salah satu restoran makanan Halal di Shanghai (Sumber: Flickr)
Komuniti Islam di Shanghai mendirikan solat Hari Raya (Sumber: www.china.org.cn)
Kalau mahu ke Shanghai, POTO juga ada menyediakan pakej pelancongan Muslim Beijing-Shanghai yang menarik:
  1. Pakej Beijing & Shanghai (8H6M) menggunakan penerbangan MAS (Itinerari : http://bit.ly/BJSH-MH)
  2. Pakej Beijing & Shanghai (7H5M) menggunakan penerbangan Cathay Pacific (Itinerari : http://bit.ly/BJSH-CX)
Kesemua pakej di atas adalah untuk pelepasan bulan September and Oktober 2013. Jadi, apa tunggu lagi? Jom ke China!

Senarai tarikh pelepasan serta maklumat ringkas untuk setiap pakej adalah seperti yang tertera di bawah:


No comments:

Post a Comment