Pages

25 July 2013

Mengetam Bulu Biri-Biri di Sydney

Di bulan Ramadhan ini, memang enak sekali sekiranya berbuka puasa dengan kebab kambing biri-biri di restoran makanan Timur Tengah. Memang kecur air liur dibuatnya!

Kambing biri-biri bukan sahaja diternak kerana dagingnya semata-mata. Susu kambing biri-biri juga sangat berkhasiat kerana ianya mengandungi zat kalsium dan sumber antibodi yang tinggi. Di negara Australia, susu kambing biri-biri sangat terkenal di kalangan penduduknya. Susu biri-biri juga diproses menjadi keju, yogurt dan ais krim.

Sekiranya bertandang ke ladang penternakan kambing biri-biri di Sydney, anda akan menyaksikan satu lagi “kegunaan” kambing biri-biri kepada manusia. Selain daging dan susunya, bulu kambing biri-biri diambil dan dimanfaatkan dalam industri pembuatan fabrik dan pakaian. Proses pengambilan bulu kambing biri-biri ini dipanggil pengetaman.

Proses pengetaman dilakukan secara berterusan sepanjang tahun, kerana kadar permintaannya yang sangat tinggi. Namun begitu, proses ini dilakukan setiap kali dengan sangat berhati-hati supaya kambing tersebut tidak diseksakan.

Kambing biri-biri yang sedia “digondol” akan diletakkan pada sling yang disediakan di tempat pengetaman. Kemudian, bulu kambing biri-biri tersebut akan diketam dengan menggunakan mesin pencukur yang seakan serupa dengan mesin pencukur rambut yang biasa kita gunakan. Kerana kambing biri-biri mempunyai lapisan lemak yang agak tebal di dalam badan, mereka tidak akan kesejukan sekiranya dicukur pada musim salji. Tambahan itu, bulu yang baru akan semula tumbuh dalam masa yang singkat.

Beberapa dekad yang lalu, proses pengetaman ini dilakukan dengan menggunakan gunting besar dan ianya memakan masa yang agak lama dan kadang kala mencederakan kambing biri-biri tersebut. Kini, mesin pencukur elektrik telah memudahkan proses dan hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk diselesaikan.

Bulu biri-biri yang telah dicukur akan dibersihkan, dipintal dan dikelaskan mengikut gred-gred yang telah ditetapkan.

Pelancong-pelancong yang melawat ke ladang ternakan kambing biri-biri akan diberi peluang untuk cuba melakukan proses pengetaman ini. Suatu pengalaman yang sangat menarik ketika di Australia bagi mereka yang gemar mencuba perkara-perkara baru.
Proses pengetaman kambing biri-biri (Sumber: http://en.paperblog.com/)

Kambing biri-biri yang rtelah selesai dicukur (Sumber: http://en.paperblog.com/)
Nota:

Sesiapa yang berminat untuk ke Sydney dan Melbourne, terdapat pelepasan pada 14 September 2013! Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini : http://bit.ly/POTOsydneymelbourne


No comments:

Post a Comment