Pages

11 January 2013

Buletin: Pakej Melancong Bonanza 2013/1


Anda Tidak Percaya? Kenapa tidak? Percayalah. Kerana anda
berpeluang melancong ke pelbagai destinasi menarik di dunia dengan harga
yang murah dan perkhidmatan yang berkualiti,  bertemakan musim bunga yang indah.
Itulah tagline POTO Travel dalam melancarkan Pakej Melancong Bonanza 2 POTO 2013.
Sebagai sebuah syarikat 100% milik Bumiputera dan telah beroperasi selama hampir 10 tahun POTO Travel yakin 
bahawa inilah cara terbaik untuk menghargai para pelanggan yang selama ini begitu setia memberi sokongan. 


Pakej Melancong Bonanza 2 ini menawarkan pakej melancong dengan harga jualan yang murah
dan berkualiti dengan temanya ‘Melancong di Musim Bunga Yang Indah’ ke pelbagai lokasi
yang menarik di serata dunia adalah sesuatu pengalaman yang tak ternilai dan tidak patut dilepaskan.



Sebanyak 31 destinasi pelancongan yang dijadual akan dilawati, antaranya  Turki, Eropah Timur
dan Barat, Spain, Morocco, Itali, China, New Zealand, Indonesia, Korea, India, Vietnam,
USA dan lain-lain destinasi yang menarik. Penempahan tiket bermula dari 1 Disember 2012 dan berakhir pada 
28 Februari 2013, manakala penerbangan pertama bermula pada 1 April 2013 
dengan destinasi pertama  ke Turki dan berakhir pada 30 Mei 2013, ke Johor-Singapura.

Untuk Pakej Bonanza 2 ini, syarikat-syarikat penerbangan seperti Etihad Airways, 
Qatar Airways, Oman Air, Vietnam Airlines, Air Mauritius, Cathay Pacific Airways, 
Garuda Indonesia, Malaysia Airlines, Singapore Airlines, China Southern Airlines, 
Sri Lankan Airlines dan Uzbekistan Airways telah memberi sokongan padu kepada POTO Travel dengan menawarkan 
sebanyak 2228 tempat duduk yang akan berlepas ke 31 destinasi terpilih 
dan menarik dengan 37 jenis pakejpelancongan yang cukup murah.

                                                                                                                        
Iklan-iklan Pakej Bonanza 2 POTO Travel akan disiarkan di TV, Radio, akhbar-akhbar dan majalah-majalah popular tempatan.
POTO Travel juga telah bekerjasama dengan pihak-pihak NTO (National Tourism Office) 
dan pihak media tempatan bagi menguar-uarkan Jualan Bonanza ini. Hasil kerjasama tersebut, anda berpeluang melancong bersama juruhebah Radio RTM kesukaan anda, dengan pilihan 9 rangkaian radio di seluruh Negara dan juga 1 rangkaian 
Bernama Radio 24, melancong bersama krew majalah kesukaan terbitan Karangkraf dan beberapa majalah serta akhbar lain. 
Secara amnya harga yang ditawarkan bersesuaian dengan semua golongan masyarakat termasuk warga emas dan kanak-kanak. Malah khas bagi warga emas, dengan bertemakan slogan, ‘Anda Disayangi, Anda Dihormati’, POTO Travel menawarkan harga yang lebih istimewa dan lebih murah dari harga dewasa yang lain.



Walaupun dengan harga yang murah, POTO Travel menjamin akan memberi  kualiti
perkhidmatan yang terbaik. Ini adalah kerana, semua pakej Bonanza menggunakan
perkhidmatan penerbangan yang berprestij dan yang mengutamakan servis, serta rakan
pengurusan darat di luar negara yang memahami akan budaya dan kehendak pelanggan POTO Travel. Ia juga mempunyai 
pilihan hotel yang berkualiti, dengan kedudukan yang strategik, restoran-restoran yang HALAL, bersih dan bertaraf 
4 hingga 5 bintang. POTO Travel yakin pakej melancong  Bonanza akan menjadi rebutan setiap orang yang gemar melancong, termasuklah pelanggan tetap POTO Travel. Malah, tempahan sudah banyak diterima sebelum 
majlis pelancaran 14 Disember ini. InsyaAllah, rancang awal, daftar awal, maka anda tidak akan terlepas peluang melancong bersama  POTO Travel & Tours sempena Jualan Bonanza ini.

Syabas kepada anda semua yang telah menjayakan Majlis Pelancaran Pakej Melancong Bonanza 2013/1 ini!







No comments:

Post a Comment