Pages

6 June 2012

Pakej Bonanza POTO: Anda tidak percaya?

Tanggal 22 Mei bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur menjadi satu tarikh bersejarah buat pelanggan-pelanggan baru dan lama POTO Travel kerana buat pertama kalinya POTO memperkenalkan Pakej Melancong Bonanza. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Program Radio RTM dan turut dihadiri oleh wakil-wakil badan pelancongan, syarikat penerbangan, hotel dan media tempatan seperti Korea Tourism Board, Egypt Airlines, Qatar Airways, Kagum Hotel Indonesia, Vietnam Airlines, Utusan Karya, Kumpulan Karangkraf dan lain-lain lagi.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah Program Radio RTM 

Majlis tersebut yang diserikan dengan persembahan gamelan turut menyiarkan rakaman-rakaman suara yang akan digunakan ketika promosi bersama radio-radio negeri terpilih seperti Kedah FM, Negeri FM, Radio Klasik Nasional, Kelantan FM, Radio Nasional, Perak FM dan lain-lain lagi. Manakala iklan-iklan yang akan dilancarkan bersama media cetak tempatan seperti Libur, NONA, 1Suara, Harmoni, Mastika, Keluarga, Mingguan Wanita dan lain-lain turut dipamerkan. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari untuk para tetamu yang hadir.



Dengan tagline "Anda tidak percaya?", POTO Travel mengajak anda untuk menikmati percutian musim luruh ke beberapa destinasi terpilih dengan harga termurah yang pernah anda saksikan. Diskaun sehingga RM2,089 telah ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan POTO Travel sebagai tanda menghargai sokongan mereka selama ini dan sebagai tanda selamat datang kepada pelanggan-pelanggan baru. Antara pakej-pakej tersebut adalah:

Eropah Timur: Dewasa RM9,588 RM7,499 Warga Emas RM9,346 RM7,257
Eropah-London: Dewasa RM10,799 RM9,798 Warga Emas RM10,557 RM9,556
Turki: Dewasa RM5,788 RM4,888 Warga Emas RM5,660 RM4,760
Sepanyol-Portugal: Dewasa RM9,300 RM8,599 Warga Emas RM9,188 RM8,464
Hong Kong (Disneyland)-Shenzen: Dewasa RM2,888 RM2,184 Warga Emas RM2,838 RM2,109
Delhi-Kashmir-Agra: Dewasa RM4,270 RM3,799 Warga Emas RM4,220 RM3,724
Korea-Saigon: Dewasa RM3,775 RM3,095 Warga Emas RM3,675 RM2,984
Beijing-Shanghai: Dewasa RM3,456 RM3,199 Warga Emas RM3,351 RM3,178


Harga yang dinyatakan adalah bersih dan tiada harga terselindung. Pendaftaran akan hanya dibuka sehingga 30 Julai 2012 dan tempat adalah TERHAD. Jadi masihkah anda tidak percaya? PERCAYALAH anda boleh melancong dengan harga yang termurah!

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.pototravel.com.my atau boleh hubungi kami di 03.92006640 (KL) 03.88888640 (Putrajaya) 07.9326640 (Segamat) dan juga e-mail ke info@pototravel.com.my.


Syabas diucapkan kepada warga kerja POTO Travel yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran ini!


No comments:

Post a Comment